Kelebihan CloudLinux

Setelah sebulan menggunakan operating system dari CloudLinux (CL) yang menggantikan Centos terdapat perubahan positif sebab ringkan beban.

Secara asasnya CL mengawal penggunaan resource server. Sesuai untuk server yang mempunyai akaun yang banyak.

Server jika mempunyai akaun yang banyak. Dalam banyak-banyak akaun pasti akan ada yang bermasalah. Antara masalah yang biasa berlaku:

  • Kenaikan trafik – seperti forum yang mempunyai pengguna yang beratus dan boleh melangkau ribuan pada satu masa yang sama. Hal ini menyebabkan server gagal diakses kerana menampung trafik melebihi keupayaan server.
  • Kod yang tidak cekap – terdapat ralat dan menyebabkan menganggu resource server. Tidak kira sejauhmana server menggunakan spesifikasi yang tinggi tetap gagal menampung kerana ralat.

Dengan fungsi yang terdapat pada CL ini jika ada akaun yang bermasalah, ia tidak menganggu akaun-akaun lain yang berada, berkongsi pada server yang sama. Inovasi yang baru diperkenalkan ini dapat meringankan beban penyedia perkhidmatan web hosting daripada pengurangan masa bagi mengawasi server setiap masa jika menggunakan Centos.

LVEmanager_17April2013_Fotor_03
Print Screen status LVE menerusi WHM

Gambar diatas merupakan salinan paparan LVE Manager dari WHM (Web Hosting Manager). Salah satu cara nak lihat status load adalah melalui WHM. Ada bahagian perlu di padamkan bagi menjaga privasi.

LVE guna command
LVE guna command

Ni pula salinan status monitor guna command. Kelihatan sama seperti gambar kat atas cuma ni melalui command.

cpanel_sidebar_4april2013
Info tambahan pada sidebar

Bagi yang guna akaun cPanel yang dimana server yang pakai CL. Pada bahagian status penggunaan akaun akan ada penambahan info. Contoh kat atas ni akan nampak ‘CPU Usage’, ni info untuk jumlah usage CPU untuk setiap akaun kat server. Biasa antara 0% hingga 100% je usage dia.

Bahagian ‘Virtual Memory Usage’ pula info had jumlah RAM yang boleh pakai pada setiap hosting. Kalau dah pakai sampai maksimum website akan keluar error. Kalau yang entri process Hanz tak pasti untuk apa.

Buat masa ni, ni jelah yang Hanz dapat explain. Lain-lain tu masih tengah explore sebab baru je pakai sebulan. Oklah korang bye!

 

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply