Kawan Lama bye-bye! Kawan Baru Hai!

Hai.. panggil aku Wan. Aku tidak tahu nak tulis tentang apa. Tapi walaupun aku seorang lelaki yang kononnya nak jauhkan diri daripada dunia emosional tak terkesampaian (Haha!) mustahil-mustahil *sambil gelengkan kepala*.

Jadi aku terpaksalah membuat bising pada halaman kosong yang merupakan tempat aku melepak dikala bosan datang melanda. Aku dikenali sebagai seorang manusia.

Aku memiliki tubuh badan yang lengkap semenjak dari lahir (Alhamdulillah!) syukur-syukur. Dalam badan aku, aku ada hati. Jantung merupakan dimana tempat Janakuasa pembahagian elektrik untuk disalurkan keseluruh tubuh di bantu oleh antena yang bernama Nadi.

Seperti manusia lain juga mempunyai kaki yang membuat aku dapat berjalan dengan mudah ke sana dan ke mari. Yeeeeehaaa! Aku bahagia dengan anggota badan yang di kurniakan Allah SWT kepada aku dan (Semua manusia seluruhnya!).

Baik cukuplah pembukaan kata yang hampir 100 perkataan tu (Noktah!).

Bila nama manusia sudah tentu kehidupan aku dikelilingi bermacam-macam jenis manusia daripada aku berusia 7 tahun (Darjah 1) sehinggalah semasa berumur 17 tahun (Tingkatan 5).

Bila dah nama sudah masuk ke alam persekolahan, sudah tentulah aku akan mula mengenali dengan (seorang manusia) juga. Orang putih kata ‘FriendShip’. Baik! Mulai saat ini aku sudah mula pandai berkawan!

OKEH! KITA lajukan sikitlah filem kali ini. LAMBAT sangat buat penonton jadi BOSAN!

ALKISAHNYA…

Aku sangat hairan dengan sikap segelintir kawan-kawan aku. Memang sikap diantara mereka sudah berubah. (Kecil hati tahu!)

Kalau nak harapkan tunggu dia hubungi kita. TAK kiralah hubungi macam mana sekalipun. Tapi harap maklumlah zaman sekarang orang berhubung dengan apa?

Sekarang kita ada HandPhone, Facebook, Skype, Yahoo Messenger dan banyak lagilah. Bertimbun lagi tu ha! Tapi Aku SMS Kau pun tak balas langsung!

So, apa yang aku terasalah bila bertegur dengan Kawan Lama ini. Bila aku bertegur siapa cubalah jawab dengan sebaik yang mungkin meskipun berchatting pada halaman Facebook ke atau di mana-mana sahajalah.

Nak Minta Satu Sahaja! Boleh Tak Layan Aku Baik-Baik?

Aku bukan apa sangat, Kita pernah sebumbung masa belajar dalam Kelas tidak lama dahulu. Pernah berbual bercakap macam-macam.

Kalau betul pun Sibuk Sangat dengan Asignment, Artikel, Jurnal atau bertimbun kerja lagi. Berbudi bahasalah sikit taip chatting tu. Ini tidak jawab pun Acuh Tak Acuh. Aku tak habis nak tanya lagi Kau dah logout atau turn Off chatting.

Apa Salahnya beritahu “Aku nak out sekejap ni, nanti lain masa kita sambung lagi ok?”. Cubalah Bersopan Nan Santun, Tak Banyak Sikit pun Jadilah.

Ini tidak. Aku lihat kau layan kawan-kawan baru kau ditempat kau belajar bukan main lagi di internet, Kawan Lama ni macam Tunggul Kayu. Yee.. Betullah Tunggul Kayu yang berada ditepi jalan raya tu. Tak dihiraukan Langsung!

Tapi Bila Kau berada dalam kesusahan Pandai Pula Datang cari Aku, kenapa tak tanya kawan-kawan yang tempat Kau BerGalak Tak Ingat Dunia tu? HEY! Apalah sangat Encik Tunggul Kayu macam Aku ni. Terhina dipasaran (Noktah!).

Dah-Dah, Cukuplah Kau buat Aku terasa dan TerGuris. Aku Tak Sanggup!

Jangan Salahkan Aku kalau Aku dah Tak Tegur Kau atau SMS tanya Khabar sekali pun! (Faham?).

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

4 thoughts on “Kawan Lama bye-bye! Kawan Baru Hai!”

  1. Releks ar bro, ntah2 dia kredit mati ke, topup abih ke… tp tak dinafikanlah mmg sglintir masyarakat hnya mhukan yg baru sje. kwan2 lame abih dilupekan, nk2 ade FB etc, time tu ar nk tackle awek FB. time tu gak ar dah ade kwan2 bru trus tak igat tmpat asal….

      1. Btul la wan…akak pun dh trasa hati ngan sahabat karib akak ni… akak punyala teringat kat dia smp termimpi2 flashback balik masa zaman kt kampus…so..akak pun call la best fren akak ni nk tanya khabar dia sefamily…tup2 bila akak call dia ckp dia th busy ada kt umah sapa ntah…nnt dia akan call akak balik tapi…. smp hari ni dia still x contact akak….sedih tau tak…hu..hu..hu..

        1. Mungkin dia ada perkara yang penting untuk diselesaikan tu kak. Kalau dia masih ingat dan dalam hati dia masih ada kenangan yang positif dia akan hubungi kak kembali. Teruskan berdoa (:

Leave a Reply to Nik Muhammad Hazwan Cancel reply