Jimatkan Broadband melalui Hot Ticket Hotlink

DSC_0271

Semenjak kejadian tidak diingini berlaku sejak 4 bulan yang lalu aku dah tamatkan penggunakan Maxis Broadband yang aku langgan guna USB modem. Sebelum ni aku guna pakej RM68 sebulan dalam 3 gigabytes macam tu kalau tak silap. Bila dah berlaku kes kecurian semua barang aku lesap termasuk modem, aku terus terminate perkhidmatan tu. Tapi bukan semudah itu, kena bayar RM12 lebih lagi baki sebelum Maxis terminate sepenuhnya perkhidmatan broadband yang aku langgan setahun lebih.

Bukan semudah itu, sebab kebanyakkan kerja yang aku buat semua menggunakan medium internet .  jadi sambungan internet ni ibarat nyawa bagi aku. . kalau takde ibarat ikan kehilangan air . manusia kehilangan oksigen . haha . Okey mulai daripada saat itu aku mula guna internet melalui pakej Hot Ticket Internet . melalui pakej ni korang akan dapat 1.5 Gigabytes atau 1,536 MB macam tu saiz keseluruhan data plan dia . sah sehingga 7 hari jer . bagi aku okeylah setiap minggu aku belanja RM20, kira sendirilah kalau aku guna selama sebulan jumlah semua RM80 total semua 6 gigabytes . so far bagi aku sangat jimat. Memandangkan semua ni guna duit aku sendiri, sesuai dengan pendapatan yang aku dapat sekarang kan . he he he.

Ada kelemahan dan kekurangan selama aku guna perkhidmatan ni, kelemahannya kalau korang guna data dah melebihi had tapi tak sampai tarikh luput lagi . korang tak boleh nak aktifkan guna Hot Ticket baru, kalau korang nak buat jugak kena hubungi bahagian bantuan Maxis Prepaid di talian 1300820120 dan ikut arahan-arahan robot tu bagitahu pada korang . bila orang Maxis tu dah terminate service yang masih on tu . lepas tu korang boleh aktifkan kod baru yang berada di Hot Ticket Internet 1.5 gigabytes yang berharga RM20 tu. Ni jelah yang aku nak kongsikan dengan korang hari ni . k . babai

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply