Jatuh cinta pandang pertama: kamera Nikon SLR

Nikon SLR D5000

Semenjak melihat, merenung, menilai hasil gambar yang di ambil daripada kamera Nikon SLR, saya mula jatuh hati dengan kamera model ini. Kalau dulu selalu sahaja saya menyampah, benci pun ada {dalam hati} tengok kamera model ini.. iya la mana tidak nya besar gedabak macam apa.. dengan tali lebar dan panjangnya.. haduh rimas! Harap maklum la masa ni tak tahu apa-apa lagi.. tak ‘open minded‘ ke arah tu lagi.. Hah! sekarang benci tu bertukar jadi cinta.. Haish jangan main-main..{betul juga kata orang tua dulu kala}. (haha!)

Kalau nak dibezakan kamera digital dan jenis SLR ni memang mempunyai saiz fizikal yang amat ketara. Kamera digital ini mempunyai ‘body‘ yang nipis, eligan dan ringan dan harga yang mudah berbanding SLR. Ia lebih kepada ‘style‘ diluaran (^.^). Untuk SLR pula saya tak berani nak berikan pendapat, sebab tak pernah memiliki model ini..pegang pun tak pernah.. tengok dah banyak kali. Sobs (T_T)

Okey, mari lihat hasil gambar daripada Nikon D60. Boleh tahan juga hasilnya (^.^)

Sensor-sensor jangan tengok. (^.^)

Peace! untuk semuanya (^.^)

Melihat apakah? (^.^)

Melihat orang.. tu (^.^)

Tada.. cantik gambar yang diambil daripada kamera Nikon D60 ni, jeles saya tengok (T_T)

Kredit kepada Mior & Sairul untuk gambar ini

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply