Jadi diri sendiri lebih baik

Fuh! Penat! Letih! Semuanya ada. Penat kerana melayan karenah pelanggan selepas satu² ada je masalahnya. lepas satu siap datang masalah lain pulak. SERIUS penat! Mana taknya, perniagaan yang saya buat sekarang memerlukan tubuh badan mengadap laptop lebih lama berbanding buat aktiviti yang merenggangkan sendi² anggota badan. SERIUS penat oh!

Tiada mengapa malam ni saya nak lepaskan perasaan pada blog ni kejap. Saya tidak tahu berapa lama saya dapat bertahan dengan perniagaan sekarang ni, mungkin sebab usia makin meningkat tu yang rasa badan lain macam. Lagipun seorang rakan saya outstation so semua benda saya uruskan buat masa ini, bertambah penatlah kan.

Bila saya lihat jiran perniagaan yang lain, secara tulus sucinya saya terus terang saya tak dapat bersikap seprofessional seperti mereka walaupun umur lebih kurang je kira mereka tu masih muda lagilah. Bila fikir balik, takpelah saya teruskan dengan cara saya yang tersendiri tak usah copy paste cara orang lain. hidup dengan identiti sendiri. biarlah orang nak hormat kita atau sebaliknya. sebab kita manusia biasa macam orang lain jugak. mungkin belum sampai masanya lagi saya bersikap professional.

Mesti ada yang tanya saya ni buat perniagaan apa? Hehe, tak perlu tahulah sebab memang saya tak mahu banyak orang tahu. hanya sesiapa yang rapat dengan saya je yang tahu. memang sudah jadi adat dalam perniagaan mana² pun tiada apa yang senang kecuali hidup menipu orang. nak cari rezeki yang halal dengan titik peluh sendiri memang “bersakit² dahulu bersenang² kemudian, berakit² ke hulu berenang² ketepian” lah jawabnya kan kan? Sebab tu kalau kita lihat, ramai orang nak kerja makan gaji pada kerja sendiri.

Baiklah ini sahaja luahan untuk kali ini, mata pun sudah mahu tutup & katil pun sudah memanggil. Terima kasih…

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply