Pengalaman beli Apple iPhone5S di Apple Store Malaysia

Pengalaman beli Apple iPhone5S di Apple Store Malaysia.

Kali ini saya mahu kongsikan sedikit pengalaman beli Apple iPhone5S melalui Apple Store Malaysia. Pada mulanya ingin beli melalui Apple Reseller Malaysia seperti di Machines atau Switch (tidak terfikir pun tentang Switch) tapi tidak lekang dengan masalah terhad. Oleh kerana saya ada banyak perkara lagi perlu dibuat, terus pilih beli melalui Apple Store secara atas talian sahaja. Pasti pilihan yang lebih baik.

Sebelum terfikir nak beli dekat Machines, ada sertai senarai menunggu dekat Maxis untuk Brance Maxis Alamanda Putrajaya, saya terlupa jangka masa dia tapi saya menerima mesej lebih kurang 2-3 minggu juga sebelum dapat pemberitahuan yang Maxis telah simpan iPhone5S untuk saya. Tapi sedih kerana terpaksa batalkan hasrat, kerana masa tersebut saya telah buat order melalui Apple Store. Apa yang baik adalah, kakitangan Maxis di Alamanda Putrajaya sanggup menelifon pelanggannya dan lakukan pengesahan sama ada saya masih berminat ataupun tidak. Sekiranya tidak berminat, mereka akan serahkan pada mereka yang lain masih menanti.

Ini antara salinan yang saya telah ringkaskan semasa lakukan pembelian atas talian, situasinya bermula 19 Nov 2013 saya lakukan pesanan menerusi Apple Store. Emel berikut diterima.

Langkah pertama

Selepas beberapa hari berlalu, pada 26 Nov 2013 saya menerima mesej pesanan ringkas yang menyatakan bahawa barang telah dibawa oleh courier dan dijamin sama dalam masa 3 hingga 5 hari bekerja.

Barang telah pickup by courier

Apa yang buat saya merasa selamat adalah kerana Apple Store menggunakan DHL sebagai perkhidmatan hantar barang. Sebab sebelum ini saya hanya pernah merasa hanya menggunakan Pos Laju, dan apabila menggunakan DHL, saya merasakan perkhidmatan DHL lebih baik berbanding Pos Laju.

Courier live tracking

Selama tiga hari berturut-turut saya mengikuti perkembangan melalui halaman khusus diatas ini sehingga sampai hari ke tiga, abang courier hubungi pada sebelah pagi dan beliau menyatakan akan sampai pada sebelah petang.

Setelah menunggu, sampailah waktunya dan saya menerima mesej pesanan ringkas nyatakan dia telah sampai pada tempat yang dijanjikan sebab dia tak biasa dengan kawasan ini. Akhirnya sampai juga rezeki dan keperluan saya ini ke rumah. Katakan “Alhamdulillah”, kerana bukan senang ingin menerima. Setelah saya lakukan solat tahajud dan istikharah, barulah saya lakukan pembelian, ialah barang yang sangat bernilai dan eksklusif.

Courier Box.
Packing yang kemas.
iPhone5S Box.
Opening Box. Done.
PS: Ini bukan saya punya, beli untuk kawan.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

144 thoughts on “Pengalaman beli Apple iPhone5S di Apple Store Malaysia”

  1. Assalamualaikum admin,
    Sy ada pertanyaan sikit, selalunya order di apple store ni , berapa lama tempoh penghantaran sampai ke depan pintu rumah ? Dari tarikh kita place order… Ada dalam seminggu ?
    Terima kasih

  2. Salam Cik Hazwan…
    Saya ada pertanyaan..Saya nk beli brg di apple store yg education price dn mnjangkau rm10k keatas…max limit debit card adlh rm10k shj sehari utk pmbelian online…blh cik bg pndangan sbb beli online dpt lbih murah…

  3. Assalammualaikum. Sy nak ucap terima kasih kpd Hazwan sbb bg tunjuk ajar cara beli brg apple on9 mmg selamat sy dah kali ke-3 membeli di atas talian. Setakat ni semua selamat sampai. Ni tengah tunggu iphone 7 plus yg di kedai sentiasa x de color… jd sy membuat kptsn beli di apple on9. Alhamdulillah ada.. harap kali ni pun selamat sampai.

  4. assalamualaikum en, hazwan..

    maaf nak tanya ya.. harga iphone 6s plus 128gb di apple store RM 3699.00

    kalau dia authorised seller biasanya lagi mahal atau murah ya?

    dan which one is more affordable?

    1. Harga adalah sama jika ia dari reseller yang sah untuk Malaysia. Tiada isu murah ataupun mahal. Ia standard untuk seluruh Malaysia.

  5. salam awak. saya nak beli iphone through web apple store tapi takut lah. sebab takut kalau web tu scammer πŸ™ dah lah penat2 nak kumpul duit beli. kat tempat saya ni ada authorised dealer tapi ambik masa 1 mingggu untuk iphone tu sampai. lama sangat kot. any advise tak?

          1. Try buat order dulu, kalau lepas tak perlu buat. Kalau tak lepas, barulah call customer service bank untuk aktifkan pembelian online pakai debit kad.

  6. Salam, if beli barang through apple online, receipt sure will be provided kan ? Sebab saya nak beli and claim later. Risau jugak if no receipt ke apa kan. And one more thing, after sales service dia macam mana ye if beli melalui online? contohnya if rosak, saya boleh hantar je ke kat mana2 outlet machines or saya kena report online jgk? πŸ™‚

    1. Semua receipt provide by email jangan risau.. kalau nak claim in case ada apa-apa hubungi customer service.. setakat saya pakai tak pernah claim..

  7. Assalamualaikum.. Sy nk tnya epicentre ni apple authorities reseller ke? Skrg ni tgh aim iphone se 64gb rose gold…tp byk kedai xde stok

      1. Sy ad try nk beli dkt app store my untk ip 6s tp kapasiti yg ada 32 gb .bukankah iphone 6s takde 32 gb ke ? taksalah sy cuma ada 16 ,64 and 128 gb

        1. Yes. Sebab iPhone 7 bermula dari 32GB, iPhone6s model keluaran setahun lalu, mereka tawarkan dengan storan lebih tinggi berbanding 16GB dengan harga bawah 3 ribu. Kita sebagai pengguna, ada pilihan dan alternatif disitu.

          1. Awak rasa iphone 6s 32 gb cukup tak ?sbb ada live photos,4k videos lagy ? Apa pendapt awak ? Tq hazwan and sorry tanya soaln pelik2 ?

  8. Bayaran kalau transfer dari akaun simpanan mcm CIMB/Maybank/RHB boleh ke admin?
    Mcm kita beli dari pembeli online yang lain kan just transfer duit dari akaun bank kita je.

    Thanks πŸ™‚

  9. Assalam. I just placed order dekat Apple Store Malaysia and dah dapat order number. Nak tanya, when you beli ada tak email/ call from Apple stated that nak buat some verification if not order will be cancelled within 6 days. Rasa macam scam pun ada those emails and calls. Calls from overseas numbers.

  10. Salam. sy nak beli 6s online tapi risau pulak kalau barang nanti rosak ke apa. biasa kan courier ni diorg main campak2 je. huhu. dari apple store ni barang mmg confirm dapat kan? dah puas cari 6s satu melaka tapi takde stock πŸ™

    1. Wassalam. Tak rosak, packaging dia anti hentakkan. Ya confirm dapat, sebab saya pun dapat. Beli online mudah, sampai depan pintu ?

      1. oh yeke. biasanya kalau kat web apple store memang sentiasa ada stock ke? iphone MYSet? ni first time nak try beli online barang mahal, biasa murah2 je. hehe

          1. Oh sy dah tgk web apple malaysia tu. Konfiden sikit sy nak beli kalau camtu. Haha. Sy menetap di melaka. Kenapa ya? Oh ye lg satu, kalau pembayaran sy pakai cimb, pihak bank akan call sy ke?

          2. Oh melaka. Sekadar bertanya pembaca blog sy dari planet mana. Pakai CIMB boleh, guna kad jenis visa. Sebab kena masukkan no kad nanti masa beli. Call tu kalau ada mereka nak sahkan sama ada penipuan dalam pembelian atau nak sahkan sama ada betul ke kita yang buat bayaran tu.

          3. sy nak reply komen yg bawah tapi tak boleh pula. pape pun terima kasih ye bg panduan cara nak beli online. sy nak cuba je ni sebab macam susah nak ada stock baru kat mac & switch.

          4. Haha, itu sebab saya suka beli online, sebab stok limited dan tak best beli barang mahal beli di kedai ni.. hehe

          5. ok sy akan cuba dulu kali ni. agak risau sebab benda mahal. hehe. kalau ada kerosakan boleh ke sy claim warranty di mac or switch?

          6. setakat yang saya pakai, tak pernah hantar warranty. hantar dekat machines/switch, tapi kalau cermat susah jadi kerosakan.

          7. Betulkah harha iphone 6s 128 gb apple storERM3699…..
            Rasa saya dalam market harga 64gb pun dah RM4199
            APA bezanya

    2. Insha Allah selamat dan brg pun sampai elok kemas dlm pek. Resit pihak apple emelkan sebaik kita memesan barang.. .. sy dah guna brg nak masuk 2 tahun tak rosak.. dan mmg ori

          1. Lagi satu nak tanya. Saya baru beli iphone SE and power button die ad rattle lah kalau shake. Boleh tak sy claim waranty pasal tu?

  11. salam..nak tanya sy beli iphone 6s kt digi pakej skali dgn pelan digi..baru pakai dalam 3 bulan..tp charger dah rosak..boleh ke mintak tukar charger baru n kt mana boleh tukar?

          1. cuba hantar dulu di Machines, Machines ni Premium Apple outlet dalam Malaysia. Bawa resit pembelian dan tulis imei dalam kertas. Tanya dulu, boleh tukar atau tidak kabel tu. Tinggal dimana?

        1. Kalau dia suruh pergi machines klcc or midvalley tu means your iphone is import set. Thats why lah. Sbb kalau iphone my set kat mana2 apple store bole claimed waranty

          1. Semua iPhone / Apple product adalah set import. Cuma, bezanya package tu dikilangkan untuk Malaysia, atau negara lain. Terma dan syarat warranty bergantung kepada, barang tersebut dikilangkan untuk dihantar dinegara mana.

  12. Bro, macam mana kalau warranty utk yg beli original set dkt 11street tu? Kalau nak repair under warranty dkt mane? Boleh just bwk pergi switch or machines ke?

    Cheers

    1. Pergi service centre Apple dalam Malaysia. Yang ada di 11street tu vendor lain yang jual, not by 11street, kena buat semakan betul betul ?☝?️

  13. Assalamualaikum.. Nak tanya sikit ni, kalau beli online dekat apple store malaysia ni iphone itu sampai dalam berapa hari? Ke macam berbulan-2 pre-order? Maklumlah takut nak beli mnde mahal yg lama-2 nk tunggu ni *^…^… . contoh kalau order hari ni pastu dalam berapa hari dia akan sampai? . sebab nak beli sangat iphone yg betul-2 ori . nak beli dekat kedai takut ade yg clone lah my set lah jadi susah nk cari yg betul2 official dri apple. πŸ™‚

    1. Wa’alaikumsalam,.. dalam masa 7 hari waktu pejabat.. biasanya pengalaman saya.. dalam masa seminggu.. pastikan alamat rumah tu dalam bandar.. lagi mudah courier hantar.. kalau beli online di http://www.apple.com/my/iphone/ memang confirm ori dan confirm ada stok πŸ™‚

      kalau ade soalan, tanya je orait..

      1. Owh. Trima kasih sebab jawab. Tapi kalau alamat dalam kawasan kampung mcm mane pulak ?. Dapat ke barang tu sampai? ? . saye sebenarnya nk beli iphone 6plus warna gold ,yang 128gb tu tapi saye tengok dekat apple store takde yg sye nak tu. Bila eh agak-agaknya apple store akan keluarkan yang warna gold dan 128gb tu?. Nak beli sangat ni… Tapi xde .

        1. Sama2. iPhone 6 dah tiada warna Gold, sebab dah ada iPhone 6s. Beli iPhone 6s teruslah sebab lagi baru dan ada warna Gold, tapi warna Rose Gold lagi baru. Model gold untuk iPhone 6, Apple dah tak jual model baru, sekarang hanya tinggal iPhone 6s ada gold , beli iPhone 6s Plus???????

          1. Saye kalau boleh nk beli iphone 6plus wrna gold yg 128gb tapi xde. Kalau nk beli yg iphone 6s plus takut besar sangat . agak-agak iphone 6s plus besar mana eh kalau boleh tahu,,. Agak-agak besar oppo n3 ke atau sebesar samsung note5? .

          2. Okay. iPhone 6 Plus dengan iPhone 6s Plus saiz sama iaitu 5.5 inc. Oleh itu awak tidak perlu risau tentang saiz ???

            Bila nak beli ? ?

          3. Bila dah ready bru beli ?. 2 perkara lgi nk thu cara pembayaran dia mcm mna ? Dan cara nk order tu ade 2 cara kan call atau chat ?

          4. okay?? cara bayaran guna kad visa atau kad kredit. Cara order boleh order guna website Apple Malaysia, tak perlu call atau chatting ?✌?️

            boleh whatsapp/wechat kalau perlu ?

    2. Pelik betul. Kalau nak yg original my set betul kan bole pergi ke apple store yg jual iphone tu. Kalau beli kat ig or kat kedai mana2 yg bukan authorized dr apple mmg la takut ditipu. Senang pergi je kat apple store then beli

  14. Assalamualaikum awak,boleh tolong belikan tak untuk sy ? Sy nak hadiahkan iPhone for My brother tapi xtau nak beli mcm mana.Tak berani sbb kite mmg tahu yg iPhone ni banyak clone ? So kalau awak boleh tolong,mcm mana sy nak contact awak yea ?

    1. Waalaikumsalam awak.. boleh.. saya boleh tolong belikan untuk awak… awak jangan risau k.. awak boleh whatsapp, or telegram saya 012-212-69-29 ?

  15. Saya pertama kali beli iphone 6s plus secara online. Masih dalam proses. Nak tanya adakah penhantaran dia selamat. Sebab selalu saya beli barang di tempat lain secara online barang mesti ada maslah.

  16. Salam, thanks… sangat2 membantu sebab sy curious pasal beli kat Apple store online tu…just nak beli ipod je pun..sbb kat Machines and Switch selalu takde stok kaler yg nak…di online boleh custom engrave & gift box sekali kan…cuma nak tanya, jika kat situ dia takde state out of stock ke apa ke…maksudnya mmg available lah kan? Nak cari ipod shuffle spec. edition yang RED product tu je… hehe!

    1. Wassalam..no problem (: besanya lepas lunch ade stock, just beza kalau item baru 1-2 minggu baru sampai deliver..makin lama makin cepat…kalau item tu da tak dijual mereka hilangkan terus dekat website. Yup kalau beli online semua warna ada, beza kalau beli dekat store Machines dengan Switch akan ada isu habis stok (:

    1. Waalaikumsalam (: courier akan hantar bermula 8am – 5pm, isnin – jumaat. Lebih baik gunakan alamat terus ke pejabat, jika tiada orang yang boleh amikkan dirumah.. (Sebab saya buat macam ni juga..hehe)

  17. Tumpang tanya..sya beli Iphone 5s ada warranty apple..tapi tak sampai setahun..kenapa erk..?saya beli bulan 2 dan expired bulan 10…adakah phone saya tiruan…?

  18. As salam. Nak tnya.. Klo beli kt apple store nak claim wrrnty cmne ye? Sy ade beli iphone 5s. Tapi cepat panas pastu time nk type msg kdg2 hang. X boleh nk type..

  19. salam, saya ader jual pelbagai Jenis phone clone grade AAA dengan harga yang sangat murah, ip5s, ip6, ip6+ pon ader, ader banyak lagi phone jenama lain, berminat?, whatapp or pm saya di [edit], dijamin harga bawah RM500, bawah RM400 pon ader,

    1. maaf, saya terpaksa edit komen tuan. Saya tidak benarkan sama sekali iklan iPhone versi tiruan (klon). terima kasih.

        1. hehe sure sampai, billing address is your home address, shipping address untuk destinasi penghantaran, macam I put office address sebab courier akan hantar on office hours from 8am – 5pm (mon to fri).

          authorization failed sebab online purchase card limit kena update dulu di ATM machine. i pakai visa maybank, n just update limit to above RM2399 cthnya, then bole start purchase.

          1. ohh really , thank youu so much , baru tau ada limit for online purchase , maybe sebab tu kot failed , thank you hazwan πŸ˜€

          2. yup, another more, nanti after purchase do not forget update limit balik for security purpose below RM500 cthnya. anyway you are most welcome nuraishafeeqa. thank youu for your time reading this blog too! πŸ™‚

          3. your blog really helped me lots, baru je placed order , so lepas ni tunggu jelah kan ? thank youu so much πŸ™‚

          4. okey! no problem! yup lepas ni just tunggu je, akan dapat alert via sms n email kalau barang tu on the move. You almost welcome.

  20. Dia ada ambil charge tak kalau beli kat apple store? Like the actual price is 2k but charge more than 2k?

Leave a Reply