Intro Nokia E7 dari Nokia world London

Model Nokia E7 telah diumumkan oleh pihak Nokia World di London. Nokia telah mengumumkan E7 merupakan sebuah smartphone disasarkan untuk pengguna yang sentiasa melakukan urusan perniagaan, model ini menggunakan sistem operasi symbian v3.

Nokia E7 versi sukan yang menyediakan saiz paparan 4 inci jenis polarized AMOLED paparan sentuh bersama 640×360 pixel solusi, dan juga menawarkan sokongan 802.11b/g/n WiFi connectivity, GPS, USB semasa di jalanan beserta headphone jack 3.5mm dengan Tv-out dan percuma OVI map serta navigasi. Ia juga bersertakan 8 megapixel kamera.


Nokia E7 Series menawarkan paparan sentuh dan juga papan kunci QWERTY lengkap, ukurannya dalam 123.7mm x 62.4mm x 12.6mm (4.8in x 2.4in x 0.5in) dan beratnya dalam 176g (6.2oz).

Nokia E7 juga dilengkapi dengan aplikasi perniagaan tambahan daripada store OVI yang telah siap dipasang, ianya seperti Salesforce untuk Symbian, Bloomberg, F-Secure Mobile security, Microsoft Communicator Mobile, dan juga JoikuSpot.

Pihak Nokia menganggarkan Nokia E7 akan keluar di pasaran pada kuarter ke 1 tahun 2011. Harga anggaran adalah dalam 495 EUR ($637), atau RM2k.

Jika dibandingan dengan N8 dan E7, E7 adalah lebih kepada ciri-ciri untuk penggunaan ahli perniagaan. Manakala, N8 untuk pengguna pelbagai peringkat umur. Jadi selamat mencuba.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

5 thoughts on “Intro Nokia E7 dari Nokia world London”

Leave a Reply