In dilema “Friends and Love” ?

Semenjak dua menjak ni ramai yang berkata-kata mengenai Cinta. Tidak kira, di kolej ke.. laman sosial ke.. dimana-mana sahaja mereka ni (remaja) suka sangat bercakap mengenai cinta. Sehinggakan saya sendiri naik menyampah dengar *seriusly*, baca.. mengenai cinta (baca status cinta kawan-kawan di status pada facebook la).. kalau baca novel cinta je boleh. Tapi saya bukan main hentam je baca novel cinta, sebab kebanyakan novel cinta tidak menjaga batas.. sebagai contoh babak pegang tangan dengan perempuan dan lelaki.. keluar dating.. valentine day.. couple.. dan banyak lagi “virus cinta haram” yang dimasukkan dalam novel yang bisa meracuni fikiran remaja yang sedang “hangat” bercinta ni…

“Dan tolong jangan salah faham, tujuan saya baca novel cinta untuk menasihati seseorang sahabat rapat yang dari dulu selalu bercinta..semenjak dari kami dibangku tingkatan 3 lagi.. sehingga sekarang.. so.. saya kena membuat kajian dulu macam mana rupa percintaan ni.. baru boleh nasihat dia.. tegur dia.. yea of course saya amat ambil berat mengenai diri diadia sahabat baik saya. Saya tak mahu dia terjebak dengan maksiat dan zina hati.. apa-apa yang dia buat semua saya sokong asalkan dia tidak melanggar batas syariat.. So don’t say I’m mat Jiwang or whatever words.. thats I’m hate!”

Dari Abdullah bin Amru, Rasulullah b’sabda, “Sahabat yg t’baik disisi Allah adalah sahabat yg pling byk b’buat baik kpd sahabatnya” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Saya mengkaji bukan kerana “buta” mengenai cinta.. tahulah rasanya serba sedikit… tetapi seumur hidup saya *seriusly* saya tidak pernah sekalipun bercinta dengan seseorang muslimah.. YA! memang saya tiada pengalaman langsung… dan saya memang cuba sedaya upaya saya untuk mengelak dan menepis sebarang rasa cinta dalam hati.. kerana ini bukan masanya untuk bercinta, banyak lagi tanggungjawab yang perlu dilakukan.

“Seperti sedia maklum, ingin menasihati orang yang berada dalam dunia percintaan ini.. mesti ditegur dengan penuh hikmah.. kita tidak boleh kutuk mereka.. “itu haram ini haram”.. cakap direct je.. kita tak boleh berkasar dalam menasihati… tambah-tambah lagi hati mereka ni cepat sensitif.. lagi susah ingin menyampaikan..”

Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya, dan apabila tidak mampu maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim).

Apa yang saya tahu..jika awak seorang lelaki.. sekiranya awak menyintai seseorang perempuan tersebut.. *seriusly* jangan sesekali luahkan pada dia.. please don’t say you love her or whatever love words.. kerana itu bukan cara “Gentleman” dan bukan cara yang diajar oleh agama Islam. Jika awak benar-benar mencintai dia.. memang tiada perasaan ragu-ragu.. hanya dia seorang yang awak suka.. kerana Allah s.w.t..

Pertama lakukan solat sunat Istikharah “minta petunjuk” jodoh.. kebiasaannya akan dapat petunjuk kurang seminggu.. bergantung pada Allah s.w.t bila nak beri. Kedua awak mesti tanya pendapat ibu dan bapa awak dahulu.. dan adakan temu janji dengan umi dan abah dia.. kebiasaannya melalui umi dialah.. sila ingat.. tolong jangan luahkan perasaan cinta awak tu wahai lelaki… pada si perempuan.. awak mesti  hubungi keluarga dia dahulu.. dan tanya apa yang seharusnya.. dikhuatiri akan jadi perkara tidak diingini.

Tidak dinafikan sifat Cinta yang kita rasai dalam hati ni.. walaupun saya sendiri pun pernah alami perasaan itu.. rasa tersebut merupakan fitrah semulajadi manusia. Namun ia mestilah diuruskan dengan cara yang betul…

Saya juga tidak “perfect”.. namun.. saya tidak tahu kenapa saya mula menegur kenalan rapat saya sejak kebelakangan ni.. harap dia “think positive”…..  kadang-kadang bila fikir balik… mata saya selalu keluarkan air mata… dan terasa sebak… ahhh.. kenapa sedih ni……………

Sabda Nabi SAW “Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat” (hadith Shahih)

Hum.. macam mana nak uruskan?? Err…maaf saya tidak dapat membantu tapi sila google cari “Pengurusan Cinta Mengikut Perspektif Islam by Ustaz Ismail Mustari”.. sure menarik ^__^

p/s: jika ada masa nanti saya cuba upload dimana-mana dan “share” disini ^__^”

Hargailah sebuah persahabatan.. walaupun hanya 2 orang…

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

9 thoughts on “In dilema “Friends and Love” ?”

  1. Saya tertanya-tanya mengenai maksud sebenar “Cinta Buta”. Orang kata maksud dia adalah cinta yang tak kenal nilai martabat si dia yang dicintai mahupun sanggup berkorban tak tentu hala pada si dia. Ataupun mencintai si dia melulu tanpa mengenai si dia dengan lebih mendalam (Sosialis & Personalis + Tabiat). Saya rasa cinta ‘kita’ dengan Tuhan pula bagaimana? Saya cintakan Tuhan walaupun saya tak dapat melihat-Nya bahkan niat lebih kepada-Nya. Adakah itu dikira sebagai “Cinta”?

Leave a Reply