Impian sebelum 5 tahun akan datang

Setiap remaja yang sedang menuju ke alam dewasa sudah pasti mereka mempunyai impian apabila mulai melangkah ke alam dewasa. Begitu juga dengan aku.

Kalau nak senaraikan impian aku sememangnya banyak dan tak pernah kenal erti sikit atau cukup rasa. Namun cukuplah aku dahulukan yang bagi aku penting untuk aku mencapainya dahulu..

Masa umur aku 20 tahun ni .. ni umur aku sekaranglah. Impian aku adalah ingin belajar agama dengan secukupnya dan semampu dengan kekuatan aku, kelapangan masa yang aku ada.. harap maklumlah aku ni masih pelajar di sebuah kolej macam-macam subjek belajar tambah-tambah lagi aku ni ambil kos sains komputer mestilah kena kuat studi sikit kan.

Kau tahu kenapa aku dahulukan agama? Ini kerana jiwa aku kosong.. hati tak keruan juga.. biasalah emosi tak berapa stabil.. so pada siapa lagi aku nak minta tolong? Pada kawan-kawan? Pada saudara mara? Pada mak dan ayah? No.. Paling utama aku dahulukan Allah, kepada dialah aku minta tolong sebelum aku pergi ke umi dan abah aku..

Ingin berpasangan.. yeah sudah tentulah. Walaupun aku tak suka pada couple, berkasih seperti mana remaja lain buat kerana ia lari prinsip aku. Kau pun tahu bila tiba waktu susah.. masa kita putus harapan.. akhir sekali baru kita ingat pada Tuhan. Okey..

Seumur hidup aku, aku tak pernah bercinta dengan sesiapa.. ya betul.. aku tak tipu..  kau cubalah tanya kawan-kawan yang rapat dengan aku, mereka kenal siapa diri aku yang sebenarnya.. Namun sehinggalah aku di bangku sekolah menengah.. hati aku mula lahir perasaan sayang pada seseorang. Pada pendapat aku dia tidaklah alim.. dan tidak juga wara’.. namun hati ini tiba-tiba mulai jatuh hati.. Dialah cinta pertama aku sehingga sekarang, aku sambung belajar di kolej aku tidak pernah berubah hati mencintai orang lain..

Namun walaupun aku suka padanya, aku tidak pernah meluahkan isi hati aku.. aku tahu salah jika kita terus luahkan.. ya salah..!  Aku mahu terus bersabar, sekiranya dia jodoh aku.. aku terima.. dan sekiranya tidak aku redha.. sabar itu kunci kejayaan..!

Semua remaja, ingin membina mahligai keluarga mereka, begitu juga dengan aku.. Pelan aku.. aku ingin berkeluarga pada umur 25 Tahun. Sebelum tiba 5 Tahun inilah aku ingin memajukan pernigaan yang aku sedang buat sekarang, supaya ekonomi menjadi lebih kukuh.. so aku boleh masuk meminang si dia.. melalui berbaik dengan umi dan abi dia.. dan seterusnya.. insyaAllah.. Kau percaya pada jodoh? Jika percaya, kita kena sabar.. doakan kebaikan pada dia.. supaya dia jodoh kita di masa hadapan. Kau tahu bukan mudah ingin lupakan cinta pertama..

Aku juga terasa perit dan bahang dalam menasihati kawan kesayangan.. Ya aku mempunyai niat untuk menasihati semua kawan-kawan aku.. namun aku sedar aku tak mampu.. cukuplah aku menasihati seorang dua antara mereka.. dan hidayah juga milik Allah swt.. kita hanya usaha.. yang memegang hati seseorang manusia itu ialah Allah.. hmm.. Ya memang sekarang aku menasihati seseorang yang aku sayang.. mengenai hal-hal tertentu.. aku juga mengaku terdapat banyak sangat halangan  dalam membawa kebaikan dalam diri seorang perempuan.. tambah-tambah lagi sekiranya dia bukan muhrim kita.. lagi susah.. Iblis sering memainkan peranan.. kadang-kadang kita akan rasa.. tak mahu ambil kesah hal dia..

Kau tahu aku ada baca benda dibawah ni.. apa agaknya yang kau rasa..

Allah menyebut:

إِنْ عَلَيْكَ إِلَّا الْبَلاغُ

Ertinya : Sesungguhnya tiada kewajiban atasmu kecuali menyampaikan (sebaiknya) ( Al-Syura : 48)

dan juga

ingatan Allah taʿala :

وَمَا أَكْثَرُ النَّاسِ وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ

Ertinya : Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya ( Yusuf : 103)

Ya betul kita perlu akui.. kita dah usaha sehabis baik.. tapi kalau orang yang kita nasihat itu merupakan orang yang kita amat sayangi.. kita tidak sanggup..tak sanggup biarkan.. tipulah kalau kau kata kau sanggup biarkan..??

p/s: Okeylah, kali ni personal writing.. sebab aku tengah kebosanan..

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

4 thoughts on “Impian sebelum 5 tahun akan datang”

  1. Ya, jodoh Allah yang tentukan, tapi jodoh yang Allah berikan adalah pilihan. No1, no2, no3 atau no4? Yang mana satu kita pilih itulah apa yang kita panggil ‘tetapkan jalan hidup’. Ianya berkenaan bagaimana kita memilih ‘jodoh’ tersebut dan bagaimana kita ‘menjaga’ jodoh itu serta yang paling penting ialah bagaimana kita ‘memilih’ jodoh itu untuk menjadi teman sehidup kita ke akhir zaman kelak.

    1. erk.. tapi kita hanya merancang. Allah yang menentukan, belum tentu ada jodoh. kan, kan, kan?

      btw, kalau ada jodoh ameen.

Leave a Reply