I’m sorry naik lori

Bismillah………

Assalamualaikum kepada semua kawan-kawan, sama ada kawan secara rasmi mahupun tidak dirasmikan. Alhamdulillah kerana esokkan hari kita akan memasuki tahun 2010 merupakan tahun baru…

So apa azam kita masuk tahun baru ini? Adakah mahu jadi lebih baik daripada tahun sebelumnya atau pun jadi lebih buruk?

Apa yang mahu saya nasihatkan kepada awak-awak semua jadilah manusia yang terbaik disisi tuhan dan bukannya disisi manusia…

Okey pertama sekali saya ingin memohon kemaafan seandainya sepanjang saya menulis di blog ini menimbulkan kontroversi dimana-mana pihak sama ada sedar mahupun tidak..

Well, entahlah.. latar belakang saya tidaklah berlatar belakang agama..diri saya ni sama sahaja dengan remaja lain cuma di blog ini jarang sekalilah menulis hal-hal peribadi.. kerana saya tidak gemar mendedahkannya kepada umum.. saya ada ‘hangout’ dengan kawan-kawan juga tapi tak dishare disini.. entahla kenapa.. better jadi diri sendiri daripada mengikut orang lain kan?

Walaupun ini blog peribadi dinamakan diary, saya lebih cenderung menulis mengenai masalah semasa yang tidak berkesudahan. Kebanyakannya ia ada kaitan dengan agama Islam…

Akhir sekali, ampun dan maaf dipinta sekiranya terkasar bahasa,

termarah tak kena,

terpukul dimana-mana,

tersasau termana-mana,

tertegur terlajak bahasa.. dan banyak lagi..

Well, kalau saya buat lagi boleh beli permit maaf lagi kan? *hahahahah!*

Pssst…..

Bagi yang sedang hangat bercinta atau tengah menanti si dia tu, abaikanlah dulu.. banyak lagi tanggung jawab yang ada. Saya juga remaja seperti awak semua saya juga ada perasaan ingin berkasih sayang. Ingin mencintai & ingin dicintai.. *cheewah*..

Tapi saya terdiam apabila sedar bahawa banyak lagi tanggungjawab yang perlu dilakukan sebagai seorang lelaki…. kalau perempuan saya tidak tahu…

Okey salam ceria.. dari saya.. 🙂

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply