I’m away from blogging, Thanks for reading

Aku ucapkan terima kasih kepada semua kawan-kawan blog yang selama ini sudi membaca dan meninggalkan komen blog aku ni. Korang memang sporting, happening.. Aku akan berpisah dengan dunia blogging, internet, Yahoo Messenger, dan banyak lagi.. kecuali pada niaga kecial-kecilan aku.. insyaAllah akan maintain support dan mana yang patut..

Mulai sekarang aku kena berubah, kena fikir masa depan.. sudah tiba untuk berfikir masak-masak dan sematang-matangnya.. peluang aku ini hanya sekali.. kalau terlepas habis masa depan.. Bila habis masa depan, menangis tiada gunanya.. cukuplah aku bermain-main sebelum ni… sampai bila kita nak main-main dalam hidup..

Mungkin ini posting terakhir ditulis semasa awal aku ingin masuk Diploma, dan aku kena belajar sungguh-sungguh. Mungkin akan kembali menulis kembali pada masa akan datang… hanya Allah yang tahu…

Kepada sesiapa yang pernah membantu aku sebelum ini, terima kasih banyak-banyak… dan tidak lupa juga kalau aku ada terkasar bahasa sepanjang aku berblog ini.. aku memohon maaf banyak-banyak, dalam dunia ini tiada siapa yang perfect.. kita pasti akan melakukan kesilapan.. namun kita mestilah berusaha menjadi manusia yang terbaik disisi TUHAN.. tidak lupa juga kepada sesiapa yang telah memrikan aku ilmu selama ini aku minta halalkan ilmu yang aku pelajari daripada korang secara umumnya..

Doakanlah aku berjaya dengan Cemerlang sehingga mendapat Ijazah.. dan berjaya didunia serta akhirat.. ^__^!!

Ummm.. apa lagi nak beritahu? Rasanya dah tiada.. Okeylah terima kasih banyak.. mohon ampun sekiranya ada salah dan silap..

Assalamualaikum….

THANKS FOR EVERYTHING ^__^!!

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

2 thoughts on “I’m away from blogging, Thanks for reading”

Leave a Reply