Hosting mana jadi pilihanku?

Semenjak beberapa hari ini, saya sering melihat dan membuat survey mengenai web hosting untuk web dan blog saya pada masa akan datang. Saya juga sering aktifkan diri dalam beberapa web komuniti perbincangan IT dan webhosting untuk berbincang mengenainya dan saling bertukar pendapat antara satu sama lain.

Dalam beberapa hari ini saya melihat beberapa webhosting dari Malaysia, harganya boleh tahan ‘not bad’..harga shared hosting paling biasa boleh didapati ialah diantara RM60 hingga RM80 bergantung keperluan semasa. Dalam sibuk tercari-cari, saya ada terjumpa satu webhosting yang harganya amat berbaloi jika dibeli, kalian boleh lihat disini BaitHost harganya boleh tahan. Tetapi secara ‘personal’ saya masih tidak mengetahui kepuasan service yang ditawarkan. Jika kalian ingin mengetahui tahap kepuasan service BaitHost ini, saya syorkan bertanya kepada salah seorang pelanggannya iaitu Leokid. Walaubagaimanapun, saya masih membuat pemerhatian mengenai webhosting dari semasa ke semasa sehingga saya dapat webhosting yang berbaloi..

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

2 thoughts on “Hosting mana jadi pilihanku?”

Leave a Reply