Honda City GM6 Lampu Belakang Depan BMW LED

GM6 convert lampu gaya BMW

Dalam penulisan kali ini, saya berkongsi bagaimana berkeinginan menaik taraf Honda City generasi ke-6 anda mengikut gaya semasa kebanyakkan kereta baru pada hari ini yang mempunyai lampu yang terang dan DRL (Day Running Light) ataupun lampu nyalaan siang.

Dari padangan kaca mata saya, DRL ini lebih kepada isu keselamatan pada mengguna jalan raya dan juga keselamatan pemandu. Kerana tidak semua pemandu kereta mempunyai daya penglihatan yang baik dan berbeza setiap individu. DRL lebih kepada memberi perhatian lebih kepada mata supaya lebih jelas dan terang kehadiran sesuatu kenderaan.

Headlamp – Siang

Headlamp – malam

Mentol lampu low beam saya menggunakan LED Photum saiz H7. Headlamp sepasang dari buatan Eagle Eyes Asia.

2pcs – mentol LED
Photum LED – H7

Kedua-dua mentol lampu jenis LED diatas digantikan dengan mentol asli yang menggunakan Halogen bulb. Halogen akan mengeluarkan cahaya berwarna kuning dan digunakan pada kebanyakkan model kereta dipasaran.

Namun, perkongsian kali ini lebih kepada pencerahan, sekiranya anda perlukan lampu malam dan nyalaan siang yang lebih terang untuk keselamatan dihari siang dan malam.

About the author

nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

View all posts

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.