Hari Raya Aidiladha: Lembu korban

Sudah sekian lamanya saya tidak melihat Lembu korban disembelih dihadapan saya. Tapi kali ini tak sempat tengok juga, sebab sibuk lepak atas bangsal kampung makan mee hun goreng *baru sibuk nak makan* orang kampung dah pergi tumbangkan lembu. Kameraman yang lambat. he². Lepas orang dah sembelih baru muncul.

Saya tolong juga tapi tolong tengok je la. ha². tak pandai nak siang² daging lembu. jadi tukang ambil gambar saja. Masing² bercakap loghat kelantan, suruh pisahkan kepala lembu dengan badannya. fuh² geli tengok.

Ni pun bukan ahli keluarga yang berkorban ni, saudara mara terdekat je. Bila masuk Aidiladha ke 2 pakat pergi Machang ramai² so boleh dikatakan meriah juga la sebab bukan selalu buat benda ni setahun sekali je.

So lihat la sepuas² mungkin selagi usia masih ada.

mereka sedang berusaha pisahkan kepala & badan lembu

Sedikit demi sikit daging dihiris

ekor kulit dihiris

hirisan dengan penuh berhati² takut terkena bahagian perut

huh. pemandangan dalam dada lembu

About the author

nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

View all posts

4 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.