Happy Ending SPM 2009

h_end_note

Dibenak fikiran aku, masih lagi ku ingat sewaktu tahun aku mengambil peperiksaan SPM iaitu pada tahun 2007. Inilah calon yang bakal mengambil exam pada tahun ini (2007). Nak kata aku ni orang kuat belajar? Takde lah sangat.. Nak kata aku ni pelajar yang sentiasa dapat markah tertinggi dalam kelas? Huh jangan harap la.. Apatah lagi menjadi pelajar harapan sekolah pada masa itu.. jauhhhh sekali.. HUH!! Takterkata tak mengapa le wey… Jangan terus tak membaca…

Jika difikirkan dan mengimbas kembali kenangan dek kesilamannya.. I Feel Good Channel la… kuang3….. beberapa bulan kian makin tak berlalu, yang selalu dapat muka nombor satu dalam kelas, tak lain dan tak bukan kalau pelajar perempuan.. Haha!! Sekali ku fikirkan terasa terhina terkilan kerana diri ini tidak sehebat yang dikata.. Dek di hanyutkan air ombak dilautan medditerranian.. semakin hari semakin ku lupakan kisah silap di usia lanjut dimana aku berada dibangku sekolah menengah…. errr.. DAH Dah!! Maleh den nak memikir… Biarlah yang lepas buat jadi kenang dan kenangan manis..

Apabila dikenangkan kembali, aku masih teringatkan kawan lama aku.. yang pergi meninggal kami sekelas semasa tahun mengambil SPM (2007). Dialah kawan aku didunia dan akhirat.. walaupun kami tidak akrab.. namun apabila berbincang mengenai sesuatu perkara.. kami akan sentiasa berkongsi pendapat. Dia yang aku kenali tidaklah seperti kenalan-kenalan yang lain.. terlalu banyak dikelilingi masalah sosial di sekolah. Dia yang aku kenali hampir setahun lebih.. apabila tibanya waktu  pulang aku suka menyapanya dari belakang. Hum.. inilah antara kenangan yang tidak mudah dilupakan sehinggalah nyawa aku diambil.

Kali terakhir aku berbual dengannya, aku hati aku ada tergerak.. apabila dibeberapa hari tidak hadirkan diri ke sekolah. Apa bila lama kelamaan, alhamdulillah dia datang juga.. Apabila dia datang terasa tidak keseorangan.. sentiasa ada teman disisi..

Semalam.. hanyalah tinggal kenangan,

Hari ini.. tetap dengan kenyataan,

Esok menaruh harapan,

Lusa.. cita-cita,

Seterusnya… Hanyalah angan-angan..

Jangan berjalan dihadapan, kerana aku bukan pengikut yang baik..

Jangan berjalan dibelakangku.. kerana aku bukan pemimpin yang baik.. tetapi..

Berjalanlah seiringan dengan ku.. kerana mungkin kita bisa menjadi teman yang baik…

[pro-player]http://www.youtube.com/watch?v=lGhxT1S2ilc[/pro-player]

Apabila beberapa kehadirannya disekolah.. pada suatu hari.. aku dapati muka dia pucat.. tetapi tidak terdetik dihati.. tidak syak apa-apa.. Besoknya… aku macam biasa hadir ke sekolah dan kawan-kawan sekelas mengatakan Amirul dah tiada…pulang ke rahmatullah.. Pada mulanya aku tidak percaya, kerana kawan aku yang sampaikan berita tu acap kali bergurau senda apabila berkata-kata.. Namun, beberapa jam berlalu.. berita yang sebenarnya didengan pada telinga ku sendiri.. bahawa dia pulang pada jam 3 pagi…

Beberapa hari kian berlalu.. Guru Enggeris aku beritahu pada semua yang berada dalam kelas.  Kabarnya sebelum dia meninggalkan keluarga dan kawan-kawan ada beberapa kejadian aneh yg berlaku.. tetapi aku dah lupa.. Namun lepas beberapa bulan pemergiannya.. exam hampir tiba.. lalu kami menduduki SPM dengan lancar… namun hati ini tidak dapat melupakannya… mudah-mudahan… ia selamat diakhirat kelak…

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

8 thoughts on “Happy Ending SPM 2009”

  1. Salam’alaik…

    argh… terasa nak menangis je… ohh tidak…

    sedih giler… ahh… relax, relax… hehe… hampir nak nangis… 😀

    ok, ok… sebenarnya dia (kawan anta) sakit apa…?

    1. Salam alaikum,
      huhu.. tadi pun masa tulis post ni.. hati terasa sayu-sayu jugak.. teringatkan rakan lama.. yang pergi lebih awal..
      dia ada satu penyakit.. tapi dah tak ingat la.. um..

Leave a Reply