Hakikat Kehidupan, Jangan takut untuk berubah

Kehidupan. Dalamnya terdapat pelbagai dugaan dan cabaran. Kehidupan. Tidak selalunya senang, banyak liku-liku yang perlu diredah untuk memperoleh sesuatu kejayaan. Ya, ini sudah menjadi tradisi alam. Kehidupan tidak akan pernah senang. Ada ya memang ada, namun ia hanya sementara dan diselangseli dengan pelbagai onak dan duri. Inilah kehidupan.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji?”(Surah Al-Ankabut: 2)


Dalam dunia ini semakin banyak cabaran kita tempuhi, ia menyebabkan kita semakin matang. Dugaan itu, datang daripada pelbagai sudut. Sudah semestinya dugaan itu datang pada diri kita.. dan kita mampu menghadapinya, kerana itulah dugaan itu datang.. datang.. dan datang tanpa henti. Mungkin kita pernah terfikir. “Kenapa dugaan sebegini tidak dilalui oleh orang lain?”.. dan pelbagai lagi persoalan emosi yang kerap menjadi persoalan.

Perlu diingati, semua manusia di dunia ini mempunyai masalah mereka tersendiri. Ya.. ada, setiap manusia mempunyai masalah mereka tersendiri. Tidak kira agama dan bangsa. Namun bagi orang Islam, kita mempunyai panduan untuk kekal teguh menghadapi dugaan.

Ingat kembali tujuan asal kita dicipta di muka bumi ini adalah untuk apa? Adakah kita dicipta hanya untuk berseronok dan mengejar dunia semata-mata tanpa mengambil kira bekalan untuk dibekalkan di akhirat kelak ? Jawapannya kita semua tahu..

“Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya).” (An Naml : 62)

Dugaan dan musibah yang menimpa diri kita secara umumnya ia memang didatangkan kepada kita oleh Allah untuk menguji tahap keimanan kita. Level keberapa. Iman manusia ini berbeza-beza mengikut individu. Level Iman ini akan naik ke tahap tertentu mengikut amalan harian kita.

Sebagai contoh, kebiasaannya jika dikampung apabila tibanya waktu maghrib ramai-ramai ke surau untuk solat berjemaah. Selepas itu diikuti bacaan zikir memuji Allah dan berdoa diakhirnya dan ditambah pula solat sunat selepas solat fardhu. Setelah selesai semuanya, kemungkinan ada ceramah agama dan mengaji. Inilah diantara amalan biasanya dilakukan selepas solat maghrib.

Seperti kita semua ketahui, bukan selalu kita istiqamah dengan amalan ini, kerana hari-hari lain kita mungkin ada kerja.. lewat pulang ke rumah dan sebagainya. Ini salah satu halangan yang kita merupakan manusia versi baru tak dapat nak elakkan, kerana aku juga seperti ini. Kesannya, kita mudah melakukan dosa-dosa kecil yang kekadang kita tak perasan pun kita buat.

Dengan kelemahan yang kita ada ini, janganlah kita terlalu merendah diri. Janganlah membiarkan perasaan rendah diri terlalu sangat, sehinggakan kita merasa diri kita sangat hina dihadapan Allah. Jangan.. jangan begitu. Jangan sampai ia berterusan sehingga akhirnya, tiada keinsafan untuk berubah. Perlu diigat, manusia selain Nabi Muhammad SAW tidak akan terlepas daripada dosa.

“Dulu aku hamba, Allah telah bebaskan aku dengan Islam. Dulu aku hina Allah telah bebasku dengan Iman”..Sayidina Bilal

Setiap hari kita mesti berani. Jangan berkata “Aku akan cuba sedaya upaya untuk melawan nafsu..”. Yang terbaik adalah “Aku akan sedaya upaya untuk melawan nafsu dan berubah..”.. Kita mesti yakin pada diri sendiri untuk melakukan perubahan. Ingatlah perubahan kepada kebaikan amat susah. Ya amat susah untuk dilaksanakan, kerana hati kita akan bertembung dengan hasutan syaitan.. yang sedia maklum tidak akan berputus asa menyesatkan manusia sehingga hari kiamat.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi kamu adalah orang yang bertaqwa”.. (Surah al-Hujurat 49:13)

Ya aku faham, kita tidak boleh memaksa diri melakukan perubahan secara keseluruhan. Namun, sekurang-kurangnya berilah peluang kepada diri kita untuk melakukan perubahan. Pada peringkat permulaan, lakukan daripada bawah. Apa yang aku maksudkan adalah niat kita, pastikan niat kita betul iaitu niat kerana Allah. Kerana jika kita lakukan selain dari kerana Allah, pada masa depan kita akan kembali asal balik. Jadi betulkan niat kerana Allah sebelum pergi ke peringkat seterusnya.

“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.“.. (An-Nisaa: 17)

Perkara yang kita tidak dapat elakkan adalah dugaan dalam melaksanakan perubahan. Mungkin kita akan didatangi oleh kawan-kawan dan mereka sindir kita dari pelbagai sudut ia tidak lain dan tidak bukan akan menyentuh hal-hal peribadi kita yang lampau. Kata-kata kurang enak, dan menyebabkan kita hilang power untuk berubah, iaitu hilang motivasi untuk menuju perubahan.

Sebagai seorang manusia, aku memang faham situasi ini. Pesan aku, jangan pernah kenal erti kalah. Ada sahaja kawan-kawan kita diluar yang pernah kita berkawan yang akan menyokong, mungkin kita tidak menjumpainya lagi. Apa yang penting kesungguhan untuk berubah, Allah akan lihat ini semua. Dan ingatlah suatu hari Dia akan memberi bantuan kepada kita kerana ada kesungguhan. Apa yang penting yang aku ingin tekankan disini, jangan kenal erti putus asa. Sedangkan iblis sendiri tidak pernah berputus asa dalam menyesatkan anak-anak Adam sehinggalah hari kiamat tiba. Oleh itu jangan berehat selagi nyawa dan hayat dikandung badan sehinggalah kita meninggal, semasa itulah rehat yang sebenar-benarnya..

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

1 thought on “Hakikat Kehidupan, Jangan takut untuk berubah”

  1. Sekiranya kejayaan itu meminta supaya diri kita berubah tidak kira dari segi rohani mahupun jasmani, maka perubahan itu adalah sesuatu yang menjadi kemestian untuk dilakukan. Sesunguh pun manusia adalah kaum yang sukar untuk mengubah cara berfikir dan perbuatannya, itu tidak bermakna manusia tidak boleh mengubah diri sendiri demi kebaikan diri sendiri dan persekitarannya.

Leave a Reply