Finally got my own Celcom broadband!

Alhamdulillah akhirnya dapat juga Celcom broadband ni selepas buat survey hampir semua kedai.. Daripada Nilai hingga ke Seremban 2 & Seremban 1. Bagus juga abang yang menceritakan selok belok Celcom Broadband ni. Banyak juga trick yang dimainkan oleh Celcom untuk jual broadband ni rupanya.. adalah mana boleh bagitahu.. ~hehehe

Harga USB Modem (CSL) ni adalah dalam RM1xx One time, warranty 18 months. Mula-mula agak pelik juga tengok member-member guna Vodafone punya USD Modem kan.. Well orang kata kalau tak cuba belum tahu kan?….. Akhirnya ambillah pakej biasa-biasa je *adalah mana boleh bagitahu* ~hehe..

Rumusannya, Celcom broadband ni kalau nak speed yang selesa kena ada coverage 3G HSDPA.. Speed browsing macam guna streamyx.. but please keep in mind Celcom broadband ni sesuai untuk browsing aka surf web saje.. no download itu ini.. sebab tiap-tiap bulan limit 5GB untuk trafik..

Kalau sesiapa yang dah biasa dengan kelajuan streamyx tu tetiba guna broadband ni sure rasa slow semacam je.. ia lah sebab speed dia memang boleh tahan la.. ~haha…

Kita ni kalau nak beli sesuatu survey tu memang kena sehabis baik.. selepas 2 week buat survey akhir ambil juge. Memula dulu ingat nak ambil yang prepaid tapi nak topup dia ~eeeeuuhh.. malas.. dan rasa tidak berbaloi!!… Tengoklah RM6 untuk 24 Jam.. dan RM20 untuk seminggu.. sebulan rasanya takde… jadi takkan nak topup every week RM20??

notes: yang promosi 11 Jan 2010 – 31 Mac 2010 ada udang disebalik batu…

Okey, alhamdulillah dah dapat.. so freedom online now.. moga dipermudahkan oleh-Nya.. ameen.. ^__^”

About the author

nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

View all posts

11 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.