Facebook is not your Family

Jalan terbaik (buat masa ni) ialah dengan menulis pada bloglah, dah lama tidak memberi pendapat daripada kotak minda saya sendiri. Tujuan post ini dibuat untuk menasihati kawan-kawan saya yang berada dalam Facebook. Ditujukan kepada sesiapa yang mengenali saya.. pembaca yang saya tak kenal lagi mengenalipun boleh je ambil nasihat yang berguna jika ia sesuai dengan peribadi anda.. yelah bukan semua sesuaikan.. kerana manusia ni ada macam-macam jenis perangai..

So saya minta maaf sekiranya penulisan ini menyinggung mana-mana pihak..

Sila setkan minded anda yang Facebook ini bukan platform yang (PLEASE TAKE NOTED!):

  • Boleh bercerita atau berkongsi hal-hal peribadi
  • Bukan tempat untuk melepaskan bosan, tension, stress dan banyak lagi
  • Bukan tempat untuk bermain games, application, zodiak, Lucky dan apa-apa benda yang berkaitan dengan keseronokkan atau “FUN”
  • Bukan tempat untuk mendedahkan identiti anda
  • Dan banyak lagi…

Setiap akaun Facebook Individu, ia umpama bilik dalam sesebuah rumah, pejabat, atau yang berkaitan.. Sebagai contoh.. mula-mula kita baru buat akaun pada Facebook, kita jelah yang berada dalam bilik tu kan?

So, bila kita post apa-apa status pun tiada siapa yang komen post kita kan? Sebab dalam bilik tu tiada orang, hanya kita seorang sahaja.

Sejak daripada itu kita dengan perlahan-lahan menambah kawan-kawan.. sehingga sampai 100 orang contohnya. Ini bermakna dalam bilik kita ada 100 orang kesemuanya. Itupun kita tidak kisah, sama ada kawan baru yang ditambah atau “ADD” tadi sama jantina atau tidak, atau kita mengenali mereka atau tidak. Dia tu jahat ke baik.. dan macam-macam lagi lah..

So, cuba masa dah ada 100 orang ni kita post status kita, surelah ada orang balas bukan? Sebab dah ramai roomates kita….

Okey, makin lama makin bertambah kawan Facebook kita sehingga 200 orang..  kita post apa-apa status yang menarik pun sure ada orang komen balik.

Ok, Hypotesis saya berbunyi begini..

“Semakin ramai kawan Facebook anda, Semakin tinggi risiko identiti anda akan terdedah”

OK..

Merujuk kembali point saya diatas, cuba bayangkan.. gunakan imaginasi anda.. kalaulah makin ramai kawan Facebook anda, 200 orang tadi, samalah anda berada dalam bilik yang dikelilingi 200 orang yang bermacam-macam jenis.. bezanya ni dalam akaun Facebook.. hakikatnya sama sahaja..

Cuba anda mula mengupload gambar sebenar anda…. tidak kira jantina lelaki ke perempuan ke.. but perempuan kena berikan perhatian.. kerana anda menjadi sasaran utama lelaki..

Bila dah upload gambar, kita boleh TAG gambar.. bila kita TAG gambar tu.. secara automatik gambar tu akan berada pada akaun orang lain.. (makin banyak risiko nampaknya!!) Tak percaya?? Cubalah sendiri!! cakap berbuih pun tak guna kalau tuan empunya badan tak cuba!!

Bab gambar memang bahaya, kerana orang boleh save.. anytime yang mereka mahu.. tak perlu beritahu kita pun.. JANGAN HARAPKAN PRIVACY SETTING!!! yang diberikan oleh Facebook.. kerana apa Facebook peduli dengan anda semua.. Facebook bukan keluarga anda!!

Apa yang boleh dibuat pada gambar?

  • Jika saya seorang  lelaki Jahat, saya akan sabotaj gambar tu untuk kepentingan peribadi
  • Jika saya seorang lelaki jahat, saya akan cari gambar penuh perempuan itu dan saya akan jampi.. bomoh dia..
  • Jika saya seorang lelaki Jahat, saya akan edit gambar dia.. dan sebarkan fitnah…

Lelaki ni kalau yang takda agama tu, apa-apa boleh buat.. begitulah sebaliknya.. perempuan pun apa kurangnya. Tapi lelakilah paling kerap buat benda-benda ni… Saya tahulah sebab saya seorang Lelaki!!

Okey..

Adakah anda percayakan seorang lelaki?

  • Anda percaya pada seorang lelaki walaupun hanya mengenali dirinya tak sampai 1 tahun?
  • Anda percaya pada seorang lelaki yang baik?

Nasihat saya, janganlah anda percayakan seorang lelaki yang anda kenal tak sampai pun 1 tahun. Bukan sahaja satu tahun, lelaki yang anda kenali sudah bertahun-tahun pun anda tidak mengenali lagi hati budi mereka macam mana?

Terus terang saya cakap lelaki zaman sekarang (pelajar di IPA/IPTS) “banyak” tidak baik akhlaknya berbanding baik. “Kebanyakan” lelaki zaman sekarang sudah tercemar dengan benda-benda yang tidak baik. Contohnya

  • “Segelintir” mereka sudah beberapa kali menonton video lucah
  • “Segelintir” mereka tidak segan silu bercakap dihadapan perempuan mengenai cerita dalam kain
  • “Segelintir” mereka tidak pernah pun solat 5 waktu, jika diajak 1000 alasan diberikan
  • Dan banyak lagi

Saya tahu ini semua kerana saya juga seorang pelajar dan juga seorang lelaki. Saya dikolej dikelilingi oleh bermacam-macam jenis kawan lelaki dan perempuan.

  • Ini alkisah saya tentang pelajar di IPTS/IPTA ditempat saya, macam mana alkisah ditempat anda pula??
  • Adakah anda terfikir mengenai semua ini??

Saya tidak melarang anda untuk bersosial di laman Facebook, kerana saya juga “Jarang-jarang” aktif disana. Namun sebagai pengguna laman sosial. Anda WAJIB KENA ADA SIKAP WASPADA, atau PERASAAN WAS-WAS.. JANGAN AMBIL MUDAH dan MERASAI ANDA BERADA DALAM SUASANA SELESA. Terutama yang perempuan, lelaki pun sama..

Saya tekankan pada perempuan kerana saya seorang lelaki, saya sayang semua kawan perempuan yang rapat dengan saya.. apalah erti berkawan pada saya jika kita tidak saling nasihat menasihati??

Okey…

Rasanya tu sahaja pendedahan daripada kotak fikiran saya yang boleh dikongsikan bersama.. ada lagi sebenarnya.. tapi nantilah saya kongsi pada hari lain pula… Jadi post kali ini mungkin bersambung, mungkin juga tidak.. bergantung kepada masa saya yang amat terhad dan padat dengan event kolej saya.. bye!

Apa ertinya saya menjadi seorang lelaki jika saya tidak menjalankan tanggungjawab seorang lelaki terhadap perempuan menurut Agama Islam?

Lelaki ditugaskan melindungi perempuan, bukan menyakiti…

ini kerana kusedar, diriku seorang lelaki…

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

6 thoughts on “Facebook is not your Family”

  1. Ya ya, saya sangat sokong pendapat ini dan ianya telahpun terbukti tidak hanya pada Facebook malah Friendster, My Space, Tagged dan lain-lain. Kalaulah orang ramai sedar akan hakikat ini, itupun pasti memakan masa untuk menyedari 100% sebab syaitan telahpun berpesta atas kepala mereka.

    1. Ya, tapi Facebook lebih bahaya. berbanding Myspace, Friendster, Tagged dan lain-lain. Sebab itulah Facebook merupakan sebuah laman sosial yang agak popular di Malaysia 🙂

  2. salam, menarik entri ni.
    tapi ketahuilah, orang yang takda facebook pun, gambar nya sewenang2nya dipost dr acc org lain, sbb smlm ad kwn tnya

    “hanin, ada facebook kan?”
    “takde”
    “ohh..pdn la nak tag gamba kau xde”

    tkedu saya, sbb slama ni, sy sgt ‘jaga’ gambar sy T_T
    .-= Entry terakhir pada laman hanin blog ..kelebihan surah al-waaqia’ah =-.

    1. mungkin ada orang yang upload gambar kita di akaun mereka. Itu yang menyebabkan ade.

      kawan-kawan pun boleh buat main je kan gambar kite.. hmm..

Leave a Reply