Facebook. Good or bad?

Bila berkata tentang ‘fesbuk’ sudah pasti ramai sungguh yang menggunakannya. Saya sengaja malas nak mengeja ‘fesbuk’ dengan ejaan yang betul sebab ‘fesbuk’ ni tempat untuk membuang masa dan umur sahaja. So buat apa nak eja betul-betul? Main-main sudah!

Oh sayangnya bunyi macam saya ni ANTI sangat dengan ‘fesbuk’ ni kan? Eh . Tak Lah. Semenjak bulan Ramadhan dah habis ni, Saya rasa tiada mood untuk aktif di ‘fesbuk’ untuk personal use. *banyak benda mengarut ar, tak tahan tengok. better tak sah login jer*

Baiklah, secara umumnya 3 benda boleh buat. Antaranya

  • Dakwah
  • Bisnes
  • Sosial

Ok. Ketiga-tiga ni saya sudah pun mempraktiskannya. Antara kelebihan yang kita tak nampak adalah..

Dakwah

Seperti sedia maklum, kalau kita lihat jenis Ustaz yang terkini. Antaranya Ustaz Zahazan, Azhar Idrus, Zaharuddin, Hasrizal dan banyak lagi yang mungkin saya terlupa. Apa yang saya ingin beritahu, Semua Ustaz diatas ini menggunakan medium percuma ‘fesbuk’ untuk menyampaikan kebaikan (dakwah) pada manusia-manusia Islam & bukan Islam di Malaysia. So tak salah sekiranya kita ingin mengikut jejak langkah mereka untuk post sesuatu yang ada ‘value’ pada dinding (Wall) pada ‘fesbuk’ kita. Dengan izin-Nya, dan kemudahan ini boleh mendapat pahala daripada Allah SWT. Nak buat jangan fikir lama-lama. Bak kata Nikes merupakan jenama peralatan Sukan. “Just Do It”

Bisnes

Kalau kita perhatikan, ramai juga dikalangan pengguna ‘fesbuk’ yang mengiklankan produk-produk mereka pada ‘fesbuk’. Dengan kaedah TAG mengTAG kita di dalam tu. Selain itu juga pada ‘fesbuk’ ini terdapat fungsi tambahan, yaitu kita boleh mencipta (create) Fan Pages. Ini juga merupakan kaedah dan kemudahan terbaik dari ‘fesbuk’ untuk kita. Dengan kemudahan ini, boleh cipta Fan Pages untuk produk jualan kita, kemudianĀ  jemput rakan-rakan untuk sertai Pages tersebut (Invite Friends). Jadi sebarang kemaskini (Status Updates) boleh dilakukan disana. Dengan kemudahan ini, pelanggan dengan mudahnya dapat mengikuti kemaskini (Updates) sebarang berita daripada kita terus ke (News feed) mereka.

Personal

Secara average pengguna ‘fesbuk’ di Malaysia dikuasai oleh orang yang belum menikah. I means, remaja menuju dewasa. Tak salah, siapa kata salah menggunakan ‘fesbuk’ untuk personal. Cuma sendiri kena fikirlah, nak guna apa-apa benda didalam internet ini kena ada ilmu. Kalau tiada, ketiadaan ilmuan kita akan memakan diri sendiri. Kalau nak bahaskan, tiada siapa yang berminat. Kadang-kadang apa yang saya lihat adalah, seolah-oleh ‘fesbuk’ ni family dia. Semua maklumat, status updates semua dia masukkan. Hmm, akhirnya bila masalah sudah tahap menyakitkan hati. Repot pada mak & ayah. Atau cakap pada kawan-kawan yang ada orang menggatal dan sebagainya. Tapi the truely is, kita sendiri yang memberi lampu hijau untuk lelaki masuk line. So siapa yang terlalu bijak dalam hal ini. Silalah tanya diri sendiri.

“Apa sebuk2 nak ganggu hidup orang?”

Adalah sorang dua yang saya tegur, saya tahu lah. Kita yang ambil jurusan lain mana tau hal ini, Kita kena belajar Sains Komputer + Ilmu, Amal & Iman. Baru kita nampak benda ini. Kalau ada yang tak puas di hati, feel free contact saya kita jumpa dan buat berbincangan secara sihat Kenapa & Mengapa??

Kesimpulan Kasarnya,

Jika menggunakan untuk personal. Tak pandai urus dapat dosalah kita.

Jika menggunakan untuk Bisnes, cerahlah masa depan kita..

Jika menggunakan untuk Dakwah, Dunia & Akhirat cerah..

Baiklah ini sahaja buat hari ini. Salam sayang dari saya..

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

4 thoughts on “Facebook. Good or bad?”

  1. Bro, ape citer kempem lukis Nabi dalam fesbuk? aku tgk makin giat aktif je. sumber kewangan lak dari kalagan mereke2 yg menggunakan fesbuk ni. Bo-Do nak mati ar sape yg gune fesbuk ni. aku ade citer ngan member, aku cakap fesbuk buat kempen lukis Nabi, siap masuk berita lagi, bukan tipu tp fakta. deme balas ape ko tau? “ooh..” pastu layan balek fesbuk yahudi ni. same2 la kite jadik yahudi ek?

Leave a Reply