Exam: Finally done

examination doneMinggu lepas pada hari Jumaat selesai sudah saya meghadapi ujian 2 dalam semester 3. Sebab itulah blog ini tidak ber-updates untuk sekian lamanya. Mungkin dalam seminggu atau lebih ya?

Boleh tahan jugalah soalannya. Antara soalan Pangkalan data (Database SQL), Komunikasi (Communication), Agama Islam dan 1 lagi subjek lupa dah..

Jadi budak IT / Student IT bukan semudah yang disangka. Tambah-tambah lagi yang melibatkan Database untuk update profile pelajar contohnya. Kod yang biasa digunakan untuk menambah table macam ni (lebih kurang)

SELECT “NoPelajar”

FROM ” Meja Pelajar”

WHERE “AB003”

Dan banyak lagilah.. fenin kepala nak ingatnya.

Tak lama selangan hari daripada Ujian 2 ke Final exam.. nanti bulan Dec nanti Final untuk kos Sains komputer ni. Jangan lupa doakan saya berjaya di Final yang akan datang. Ada ura-ura makin tinggi ujian makin susah soalannya *macam hipotesis*

*dalam hati* blogger semua tiada tips ke nak dikongsikan kepada saya untuk mengingat benda remeh temeh ni *bak kata A-Level*

ps:// please anyone, share tips with me..

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

12 thoughts on “Exam: Finally done”

Leave a Reply