Exam coming again

Salam kepada semua pengunjung blog ini. Minggu ini saya akan menghadapi peperiksaan terakhir dalam semester 3 saya, jadi doakanlah yang terbaik walaupun kalian tidak tahu sejauh mana usaha saya dalam belajar ini.

Saya tidak tahu ingin berkata bagaimana lagi, saya ni bukan jenis rajin belajar kalau tidak dah lama masuk A-Level *berangan* sekurang-kurangnya dapat masuk Diploma. Tapi masuk sijil sajakan apalah sangat ia boleh umpama hina di mata masyarakat termasuklah student A-Level itu sendiri siapalah nak pandang orang macam kita ni.

Well, orang kata hidup mesti diteruskan walaupun pahit macam mana sekalipun hidup  ni. Dapat yang manis kita telan, dapat yang pahit terpaksa juga telan.

Okeylah sampai sini sahaja kata-kata yang mampu ditaip oleh si jari jumpa lagi minggu depan..

p/s: merapu je atas tu jangan baca… haha

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

8 thoughts on “Exam coming again”

  1. Salam…

    Saya ingin tahu kalau ambik paper julai tu boleh cantikkan sijil kita, ye. Saya telah menduduki SPM tahun 1994 tetapi baru-baru ini ingin melanjutkan pelajaran tetapi BM dpt 5 ajer.

    Dimanakah saluran yang betul untuk saya mengambil paper julai?.

    Tima kasih.

    1. Salam,
      Kalau amik paper julai boleh renew dgn result baru yg lbih baik. lulus subjek BM ni boleh dpt pinjaman Mara itu saje.
      boleh hubungi kementerian pelajaran yg berhampiran..

  2. all the best for your exam..
    tak kesah la level mana kita belajar, yang penting, exam/ujian itu salah satu kaedah mengukur tahap pemahaman tentang apa yang dipelajari..dan dalam apa yang kita buat, kita percaya kita telah buat yang terbaik dan termampu, selebihnya serahkan kepadaNya..

    saya pun bukanlah jenis pelajar yang hebat dalam bidang saya, namun, saya berikan yang terbaik dan termampu, dengan itu saya akan rasa puas dengan usaha yang saya telah buat. 🙂

Leave a Reply