Ekonomi yang stabil: Petrol RON97 naik 20 sen lagi

Oh yeah, inilah berita terkini yang saya lihat dia media internet tanpa sempadan pada malam ini. Mengikut pemerhatian saya, harga minyak naik setiap sebulan. OH! ini suatu penghargaan untuk rakyat Malaysia. Saya amat berpuas hati, kerana sebagai seorang pelajar yang bertauliah memang sangat murah harga tu. So, bila dikira balik jadi RM2.70 sen seliter untuk RON97, kata media itulah.

Tahniah sekali lagi kerana pencapaian yang memberangsangkan untuk rakyat Malaysia yang bertuah! Bulan depan konfem naik lagi.. kenapa la tak naik RM100 terus? Oklah sengaja saya merapu malam ini kerana bosan tahap 5.

Berikut merupakan sumber berita yang saya ushar-ushar.

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Zulkifli berkata peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada US$114 setong minggu ini berbanding US$105 minggu lalu.

“Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Timur Tengah,” katanya ketika dihubungi.

Zulkifli juga berkata harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan.

Pada 31 Januari lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter.

Ini kali kelima harga petrol gred RON97 dinaikkan sejak harganya diapungkan dan adalah kenaikan kedua tahun ini sejak 31 Januari lalu.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi.

Sumber

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

3 thoughts on “Ekonomi yang stabil: Petrol RON97 naik 20 sen lagi”

Leave a Reply