Dunia si Gadis, Wanita, Perempuan: Mengapa Couple?

Budaya couple amat sinonim dengan pelajar sekolah sehingga di peringkat institusi pengajian tinggi IPA dan IPTS. Secara kasar saya tidak tahu sangat mengapa dan punca seseorang itu terjebak dengan budaya couple. Couple zaman sekarang sudah menjadi satu budaya. Bagi mereka yang masih belum mempunyai pasangan, mereka merasakan diri mereka kolot dan tidak up to date. Benarkah?

Tujuan sesuatu individu couple ada banyak sebab dan pendorong, namun apa yang saya ketahui adalah kerana mereka ini kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada keluarga mereka sendiri. Kesan daripada itu, mereka mencari alternatif lain untuk rasa disayangi, dihargai oleh seseorang yang benar-benar ikhlas menyayangi mereka. Benarkah ikhlas?

Saya sendiri tiada pengalaman langsung dalam dunia couple ini, namun hari ini rasa ingin berkongsi dan buka pemikiran kenapa budaya ini wujud dan jadi semakin ramai yang membudayakannya.

Fitrah manusia, bila sudah mencecah umur yang matang dan baligh mereka perlukan kasih sayang daripada seseorang yang betul. Contoh dari ahli keluarga mereka sendiri, ahli keluarga memainkan peranan yang penting bagi memenuhi kasih sayang yang ikhlas kepada anak-anak mereka.

Kebanyakkan keluarga hari ini banyak memberikan kasih sayang melalui wang ringgit, minta apa sahaja semua anak-anak dapat. Minta telefon bimbit baru, dapat! Minta komputer riba, dapat! Tapi yang paling sure dapat adalah duit, bagi ibu bapa yang senang mereka mudah sahaja berikan wang ringgit kepada anak-anak dengan jumlah yang tidak munasabah. Dan lain-lainya. Best ke ada keluarga sebegini?

Ada juga dikalangan ibu bapa yang tidak menyokong perkembangan anak-anak mereka, mereka terlalu mengawal gerak geri anak-anak sehinggakan tiada masa langsung untuk mendengar penjelasan mereka. Pada zaman moden dan pembangunan ini, masih wajarkah tindakan sedemikian? ishishish.

Kawan-kawan saya kebanyakkannya semua sudah ada pasangan masing-masing walaupun mereka belum kahwin, yang masih single pun ada tapi yang jenis berpelajaran dan bijak pandai dan berfikiran terbuka. Ada dua golongan pula dikalangan mereka yang bercouple ni. Ada yang macam suami isteri, ada yang couple sebenarnya.

Macam suami isteri, kita nak cakap banyak dengan mereka pun susah, katanya ingin hormat pasangan dan tak mahu dilihat curang. Ada pula yang couple, tapi masih berperilaku bebas seperti tidak couple, maksudnya teman lelaki mereka tidak kisah dan merasa cemburu melihat pasangan  mereka bermesra dengan orang lain.

Jadi kepada semua Gadis, mengapa anda perlu bercouple. Boleh kongsikan bersama?

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply