Dipulaukan hanya dengan nila setitik?

susah_senang_csusah_senang_cAssalamualaikum.. dengan berhati-hati aku ingin menanyakan pendapat pembaca-pembaca semua.. tolonglah luangkan masa sebentar dan meninggalkan komen pada ruangan yang telah disediakan dibawah. Aku harap pembaca-pembaca memberikan komen dengan seikhlas hati bukan setakat melepaskan batuk ditangga.. Aku benar-benar ingin pendapat, saranan, cadangan pembaca-pembaca semua supaya aku boleh maju kehadapan.. insyaAllah dengan izinnya..

Kejadian ini berlaku pada sekitar tahun 2008, dimana dia sedang mencari artikel mengenai Islam dan semua mengenai Islam. Pencarian ini berterusan dari hari ke hari seterusnya sehingga pada suatu hari dia terjumpa satu forum ini memang cukup bagus, Alhamdulillah forum ini cukup menarik dan sesuai untuk golongan remaja khususnya dan diikuti golongan kanak-kanan yang masih ingin membesar. Usia forum ini sudah hampir 4 tahun ditubuhkan sehinggalah hari ini.

Apabila dia sudah menjadi ahli selama 1 hingga 2 tahun, dia berminat untuk menjadi moderator umum pada forum tersebut dengan harapan dapat menggunakan ilmu yang ada untuk menyebarkan dakwah dan membimbing manusia ke jalan yang benar..walaupun tidak banyak sedikit pun jadilah. Alhamdulillah dia dapat berkhidmat sebagai moderator umum dengan baik. Setelah hampir 3 bulan dia berkhidmat sebagai moderator umum, dalam diam dia menubuhkan satu forum yang hampir seiras dengan forum yang dia berkhidmat sekarang. Nawaitu penubuhan forum tersebut adalah sama iaitu ingin mendakwah kepada  orang ramai terutamanya para remaja.. insyaAllah.

Faktor-faktor dia menubuhkan forum ini kerana dia melihat forum yang sedia ada, ada sedikit kekeliruan iaitu forum A yang mula-mula disebutkan tadi. Apabila dia ‘whois’ nama domain forum pertama tadi.. dia dapat menjejaki pemilik sebenar nama domain tersebut dan terjumpa forum C iaitu forum alumni sekolah. Apabila dia memerhati satu persatu pada forum C tersebut, dia mendapati ada gambar pada ‘Images Gallery’ bercampur aduk. Gambar di dalamnya adalah termasuk gambar remaja perempuan sedikit tidak sempurnya disimpan pada bahagian ‘Gallery’nya. Persoalannya ialah pemilik forum C ini ialah pengasas forum Islamic iaitu forum A ini, dan ada juga dibincangkan dalam forum A ini mengenai “Hukum meng-upload gambar perempuan pada ruangan awam” dalam tu dah ada moderator agama yang menjawabnya.. sudah sementinya tidak boleh.

Persoalannya disini, jika di forum A (forum Islamic) tadi ada dibincangkan mengenai hukum meletakkan gambar wanita/gadis/perempuan bukan muhrimnya ataupun (ajnabi) orang asing..sedangkan forum C tersebut dilihat oleh semua user termasuk yang berdaftar..apatah lagi yang tidak berdaftar sudah tentu boleh dilihat.

perahu_cSelepas penguasa di forum A tersebut mengetahui mengenai perkara ini, esokkan harinya si dia dipecat dari menjadi moderator umum tanpa diajukan sebarang soalan, apatah lagi perkataan. Dia mendapat email mengatakan anda melakukan ‘Plagiat’ (peniruan). Bukan itu sahaja, moderator umum yang lain dengan hebatnya mengutuk sehabis baik si dia ni gara-gara ‘Plagiat’ ini. Si dia ini hanya menatap bacaan kutukan yang amat hebat bagaikan dia ni Master pada forum tersebut. Hairannya disini, nama forum berunsurkan Islam yang ingin mendidikan manusia ke jalan yang benar, tetapi krew yang berada dalam forum tersebut tidak dididik dengan ilmu Islam yang betul sehinggakan sanggup mengutuk/mencaci si dia ini. Hampir semua krew pada forum tersebut mengutuk habis.. dan sehingga kini si dia tidak mengatakan apa-apa. Persoalannya “Besar sangatkah dosa kerana membuka laman forum Islam yang hampir sama sampai dikutuk dan dihukum sedemikian rupa”? Ya Allah, mengapa dia diperlaku sedemikian rupa. Dimanakah ilmu agama yang dipelajari selama ini? Sampai sanggup menghina, mengherdik, mencaci, menyindir, kata dia tidak cukup idea sehinggakan sanggup ‘plagiat’ ?

Bukan itu sahaja, selepas kejadian tersebut ramai krew-krew yang dia kenali memulaukan dia bagaikan dia melakukan kesalah dan dosa yang amat besar. Siapakah mereka ingin menilai tahap dosa pahala pada si dia? Sudah cukup baikkah amalan seharian mereka sehinggakan dapat menjamin dialah terbaik disisi Allah s.w.t? Setiap manusia pasti memiliki cacat celanya, tidak ada yang sempurna melainkan Para Nabi yang merupakan terbaik dikalangan umat manusia .

Namun si dia tetap terkilan dan mengambil keputusan mendiamkan diri sehingga akhir hayat.. Namun pada sesiapa yang benar teruskan perjuanganmu, dan pada sesiapa yang salah maka tunggulah balasanmu di akhirat kelak….

P.S: Sila berikan pendapat, komen, saranan, anda mengenai artikel yang ditulis khas diatas. Komen dan pendapat anda amatlah diperlukan.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

4 thoughts on “Dipulaukan hanya dengan nila setitik?”

  1. Assalamualaikum..
    Akhirnya terungkai juga semua persoalan yang bermain difikiran.

    Hari ini, dijadikan cerita..saya ambil masa lebih untuk lawat forum B,then terbuka thread cadangan,aduan and pengumuman tentang ‘Pemergian Dua Moderator’. Sedih and confuse. Then saya lawat pula forum A, and jumpa pula thread ‘plagiat’ tu.
    Lagi bertambah confuse. I was reading one side of the story untuil i found this post here, and hear the other side of the story.

    Makna nya…bekas moderator forum A itu telah DIPECAT? Maaf kalau soalan mengganggu sauadara.

    Allah knows..Maaf sebab campur tangan hal yang sedikit peribadi, but..kalau benar niyat suci untuk berda’wah dan bukan nak tempa nama sendiri, then…mungkin perlu cuba jelaskan terus perkara sebenar kepada yang terlibat. At least that ‘specific person’.
    Dalam da’wah, selagi kita berada di atas satu manhaj yang sama, maka jgnlah kita berpecah kan? Dua-dua forum Islam, yang menyebarkan da’wah, tapi kuatkah da’wah jika akarnya rapuh sebab bertelagah dan salah faham?
    Maaf kalau apa yang ana katakan ini tidak benar dengan situasi sebenar.
    ~orang luar yang mengharapkan pedamaian~

    1. wsalam..
      ini sebenarnya old story, saya saja luahkan disini. Banyak sebenarnya gosip, namun perkara yg sebenar tidak sebegitu serius. boleh juga dikatakan salah faham. Tapi tula, rasa nasi sudah menjadi bubur. Bila luahkan disini terasa lega.. hilang sikit serabut. Personally rasa letih & busy nak managed forum tu. Asalnya buat main-main sahaja..maklumlah jiwa remaja ingin mencuba perkara baru. Future plan maybe sambung di forum A.. & B.. terminate? Sekarang macam sudah tiada masa sangat nak uruskan. Lihat la macam mana. Mungkin akan datang sambung dakwa di forum A & pada blog ni sahaja. Tak larat dah. So lihat la macam mana. Syukran take time for comment here.

  2. think like i know whos that ur talking about…
    oh ho…
    camne leh jd cam tu skali??
    anyway…
    tiada kesalahan jika niat hanya semata2 kerana Allah…
    bukanlah satu dosa ingin membuat satu laman web islam hingga sampai dipulaukan…
    bukan kah ukhwah itu terjalin krn Allah?
    hmm..dont know how to comment…
    but nothing is wrong…
    just some mentality yg not matured enough and merasekan die bagus maybe..huhu…
    and xkisah la siapa org yg buat forum lg 1 tu..hehe…
    hope tabah menghadapi dugaan dan ujian…
    la tahzan….=)

    secret_white’s last blog post..SpeciaL For AzaH~~

Leave a Reply