Demi Masa: Jangan tinggalkannya

waktuu

Semasa kecil saya tidak pernah mengenai erti apakah itu yang maksudkan “masa”. Saya masih ingat lagi waktu itu semasa saya tidak mengenal dunia, “umi, maso tu gapo dio?” *loghat kelantan* (umi, masa itu apa?) “maso tu bendo hok kito buak hari-hari, sie male pagi pete” *loghat kelantan* (masa tu yang buat hari-hari, malam, siang, pagi dan petang).

Namun masa itu terus berlalu sehinggakan sampai suatu masa *beberapa bulan yang lepas* saya tiba-tiba terfikir akan sesuatu. Jika dibilang menggunakan jari, agaknya berapa lamakah saya sudah membuang masa?

Sebelum mula aktif di dunia internet, saya sudah berkenalan dengan komputer. Pertama kali sentuh komputer masa kecil dahulu yang tahu hanya bermain permainan komputer. Pada zaman itu permainan apalah sangat hanya sekadar 2 dimensi, bukan macam sekarang sudah 3 dimensi.

Masa saya mendengar nasyid Raihan – Demi masa buat pertama kalinya *pada usia 19 tahun*. Bertapa mendalamnya maksud lagu nasyid ini apabila dimainkan pada speaker subwoofer/ earfon XpressMusic pada waktu malam hari.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana agaknya jika sepanjang seseorang muslim itu hidup dalam dunia ini tidak membuat amal kebaikan. Dia hanya melakukan perkara asas seperti solat *kalau solat la*, mengaji *kalau mengaji la* dan sebagainya.

Namun ramai dikalangan kita tahu mengaji/ membaca Quran. Tapi jarang sekali jumpa orang yang faham maksud-maksudnya. Kecuali melihat Quran terjemahan. Jadi “demi masa jangan tinggalkannya”

Hari ini kita lihat ramai orang Islam, namun ia seperti buih dilautan. Bangsa Yahudi hanya gelak dengan orang Islam kerana apa? Kerana hanya luaran mereka memakai kopiah, memakai tudung. Namun hatinya kosong…

Saya teringat suatu ketika dahulu ada orang berkata:

“Alah kita muda lagi beb! Enjoylah dulu, nanti bila dah berumur taubatlah apa susah! Islam itukan mudah!”

Akhir kata janganlah kita membuang masa dengan sia-sia. Sementara kita masih muda, berkudrat, ada kewangan, kita masih larat untuk bergerak seperti mana biasa, buatlah amal kebaikan semoga usia mudamu tidak sia-sia.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

5 thoughts on “Demi Masa: Jangan tinggalkannya”

Leave a Reply