Debaran Cinta Fes dan Nick

Debaran Cinta Fis dan NickDisuatu malam yang hening maka tinggal la seorang Junior yang bernama Nick keseorangan hanya menunggu kekasih hatinya dibawah pohon yang muram. Nick hanya bertemankan cahaya lampu yang malap menunggu kekasih hatinya yang diberi nama Fes. Makin lama mengingati Fes makin membuak-buak rindunya pada Fes. Jauh disudut hatinya jika dia tidak belajar dari Miss M tiada lah harapan untuk Berjaya dalam memenangi hati Fes.

Maka.. selepas beberapa jam kemudian, Nick terfikir dia masih belum meminta pertolongan Ilahi bagi memenangi hati Fes. Apabila sampainya rumah tepat pada 2 pagi, Nick terus menunaikan solat hajat, solat taubat, dan solat sunat istikharah bagi hilangkan debaran yang sejak tadi asyik menguasai hatinya.

Esokkan harinya jam 9 pagi, Nick tiba di Kolej Ting Ting (KTT) dan tanpa berlengah lagi mencari Miss A bagi menanyakan tips-tips untuk menjawab soalan yang akan diajukan apabila dia menghadapi Fes nanti. Miss A nasihatkan Nick supaya hafal semua tips yang baru diberi tadi, supaya ianya akan membantu apabila menghadapi Fis nanti.

Selepas beberapa hari menghadap buku yang diberi Miss A.. Nick terasa lenguh bagai dihempap batu. Dari jauh uminya perasan dan secara senyap-senyap membuatkan ari untuk Nick, kerana penat mengulangkaji tips-tips bagi lulus apabila menghadapi Fes pada minggu hadapan. Nick menghirup air teh o’ dengan perlahan kerana masih panas. Namun beberapa minit kemudian Nick kelihatan tenang. Uminya tahu, air the o’ ini merupakan minuman kegemaran Nick apabila menghadapi stress.

Selang beberapa hari kemudian selepas peristiwa yang manis, esokkan harinya Nick membawa hafalan tips-tips yang diberi oleh Miss M dengan Miss A dengan tenang ia sebati pada hati dan perasaan Nick. Akhirnya saat untuk menghadapi Fes makin tiba…lalu Nick membuka kertas soalan yang diberikan oleh Fes…dan…

Bersambung…

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

6 thoughts on “Debaran Cinta Fes dan Nick”

Leave a Reply