Days 2: Lawatan ke kedai tudung

Assalamualaikum semua, beberapa hari lepas saya sempat ke kedai dan butik tudung untuk membuat tinjauan. Disini saya dah pergi dua kali, kali pertama datang dengan rakan dan kali kedua datang dengan keluarga.

Selepas saya buat tinjauan sendiri dengan rakan, pada hari ahad sabtu lepas bawa keluarga pula untuk datang sendiri meninjau kedai ini.

Hasil tinjauan mendapati, kebanyakkan tudung yang tuan kedai ini jual semuanya menggunakan elemen kain yang memiliki kualiti yang sama je. Yang penting ia sejuk untuk dipakai dan mempunyai kualiti.

Tuan kedai ini juga berkata, kenal produk ‘Ariani’? Produk mereka juga menggunakan jenis yang sama seperti yang dijual disini. Cuma bezanya disini adalah ia mahal kerana ada trademark ‘Ariani’ dan brand ini sudah dikenali ramai selain memiliki model tudung yang cantik sebagai penarik.. heh!

Dari segi pemerhatian saya pula, ada bahagian corak tertentu sudah kerap kali saya nampak perempuan diluar sana yang sudah pakai jenis-jenis tudung begini kecuali yang ada manik serba sedikit tu.. dan ada corak macam sofa klasik, jenis ni masih tidak kelihatan lagi.

Haha. Saya ni je yang sibuk mengambil gambar, tapi keluarga tengah bertanyakan pelbagai soalan kepada tuan kedai. Termasuk ini sudah 2 kali saya mengambil gambar di kedai ini. Tapi tidak mengapa, jika ada rezeki dari Allah.. ada merancang untuk ambil di kedai dia secara borong. Jadi sesiapa berminat mahu beli tudung boleh runding dengan saya selepas ini, minta Allah permudahkan segala urusan.. amin

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

2 thoughts on “Days 2: Lawatan ke kedai tudung”

Leave a Reply