Dari Myspace ke Facebook

facebookBulan ini dapat sibuk aku duduk selalu login dan logout di Myspace. Namun aku sebenarnya tidak berminat bersosial di mana-mana ‘social networking’ kerana ada terasa sedikit buang masa. Aku juga merupakan remaja biasa seperti korang semua ada keluarga, ada rumah, ada tempat tinggal, kehidupan tahap sederhana. Tidak terlalu kaya dan tidak terlalu miskin. Namun alhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan oleh tuhan ini kepada aku.

Aku ada juga akaun di social networking seperti Myspace, Friendster, Tagged dan Facebook. Ke empat-empat akaun aku di laman sosial antarabangsa ini sudah lama aku daftarnya. Cuma aku tidak berapa berminat, tak tahulah aku kenapa ek? Mula-mula aku kenali dulu laman Myspace, kerana aku kenal dia melalui kawan di sekolah menengah masa tingkatan 4. Waktu ini huish.. pertama kali kenal laman sosial bukan main gembira bersosial maklumlah fikiran dan nafsu masih muda. Siapa yang tidak minat berkenalan di laman sosial bukan?

Mulai dari saat itu aku mula terokai laman ini dengan mencari kenalan di Malaysia serta US. Namun respon yang diberikan kepada orang US kepada aku pada mulanya mereka approve aku jadi kawan Myspace mereka. Kerana waktu ini aku hanya menggunakan gambar kartun Final Fantasy. Apabila dah lama, aku rajinkan guna gambar sebenar. Lama kelamaan kawan US aku mula delete aku pada friendlist mereka tanpa diketahui sebabnya. Hari berganti hari aku gemar membuang masa di Myspace kenal dengan itu dan ini, ramailah jugak dapat kawan sosial ni..memang syokla darah muda.. huhu.

Namun apabila hampir setahun lamanya aku online di Myspace aku terasa bosan, ntah kenapa..mungkin usia makin meningkat. Hari makin hari berlalu, aku kenal friendster..kerana segelintir kawan aku mengatakan kebanyakan pengguna Myspace di Malaysia dari kalangan budak-budak atau newbie. Aku terus beralih kepada Friendster. Aku lihat Friendster ini teramatlah simple pada Myspace, kerana Myspace mempunyai pelbagai layout yang cantik-cantik boleh diubah suai sesuka hati. Lama kelamaan aku terasa bosan jugak.

Hampir setahun aku tidak bersosial dimana-mana laman sosial antarabangsa. Sampai satu masa aku mulai kenal Tagged, namun laman Tagged lagilah bosan, dan masa ini aku mula sensitif dengan perkara yang melibatkan dunia Islam, Rejim Zionis, Israel dan sebagainya. Namun tidak lama aku aktif di Tagged, kerana aku dapati amat ramai rakyat negara Israel berada di Tagged ini. Aku mula kehairanan, kerana dalam banyak-banyak laman sosial yang aku join tiada yang sebegini. Nampak sangat Tagged ni lain dari yang lain.

Apabila masa berganti masa, hari berganti hari aku menghilangkan bosan dengan berblog, kalau korang tengok blog lama aku di Blogspot gerenti korang kata aku POYO GILER… Perkataan sinonim dikalangan remaja. Biarlah aku berkelakuan POYO dengan korang daripada aku satu kepala dengan melakukan benda yang tiada faedah. Kalau nak lihat boleh masuk akaun MyblogLog aku, disana korang akan nampak blog aku yang ilmiah bukan macam blog sekarang. Memang 99% hasil penulisan aku sendiri.

Akhirnya aku jumpa dengan Facebook, aku rasa ni memang laman sosial yang amat menarik jika dibandingkan dengan keempat-empat laman sosial diatas tadi. Ntah la akupun tak tahu kenapa aku rasa Facebook lagi menarik.. bagi korang yang dah guna baru tahu FEEL dia.. Jika satu kepala dengan aku boleh add aku di Facebook. Namun setiap sudut aku akan gunakan untuk membawa korang ke jalan kebaikan.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

6 thoughts on “Dari Myspace ke Facebook”

  1. oh ye.. lupe plak.. nape gune “Aku”? huhu.. rsenye better nikuve kekalkan identiti nikuve.. lagipun “saye” lebih sedap di dengar.. “Aku” tu untuk certain kes boleh la celah2.. hehe.. peace!

    1. Oh… Pasal tu kekadang rasa berubah-ubah, guna kata ganti “Penulis” juga pernah. Nway, Nikuve akan kekalkan “Saya” sebagai kata ganti nama diri..

      Thanks Adney 🙂

  2. sye x aktif di mne2 lmn sosial.. myspace mmg pnuh ngn budak2 sekolh yg thu nk mmbzirkn duit mak ayh byr bill.. friendster agak simple dan ketinggaln zmn tpi ade part yang sye suke krane byk group2 yg membiakkan islam.. facebook… paling perfect dan sesuai dgn remaja dan org dewase sbb lebih reality berbanding fantasi..

    this is my Facebook
    http://www.facebook.com/oneadney

Leave a Reply