Ceriakan Snap Gallery dengan kreativiti anda!

snapPhotoblog aka Snap dikaulah penyeri kehidupanku dikalau aku bosan menulis dan mengcangkul idea untuk dikongsikan bersama pembaca-pembaca blog saya ini. Setaip kali aku kebosanan tahap maksima, dikaulah membuatku gembira dan ceria. Kerana terdapat banyak kenangan terindah disana =)

Aku tahu ramai bloggers sekalian yang makin berminat berkongsi gambar kenangan masing-masing kepada dunia! Oleh kerana banyak sambutan yang menggalakkan aku ingin berkongsi beberapa tips yang mungkin berguna untuk bloggers khas untuk Galeri Gambar korang!

  1. Pandai bermain dengan warna – Kenali diri anda sendiri terlebih dahulu, tanya kepada diri anda apakah warna kegemaran anda lalu corakkan dan warnakan Galeri gambar anda dengan corak beserta warna yang anda minati supaya anda merasa seronok apabila melihat Galeri anda. Anda juga lebih yakin dengan bloggers yang lain apabila ingin berkongsi gambar kenangan bersama-sama mereka.
  2. Sentiasa Kemaskini – Rajinkan diri anda dengan sentiasa mengemaskini Galeri anda dengan post-post terbaru.  Kemaskini Galeri anda sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Dengan ini pengunjung setia anda akan lebih menantikan entri-entri terbaru anda dengan setia. Elakkan daripada tidak mengemaskini dalam seminggu, jika tidak pengunjung akan makin berkurangan.
  3. Menambah Penyeri – Fikirkan cara untuk sentiasa menambahbaikkan Galeri anda dengan menambah seperti corak-corak ringan, warna-warna tambahan yang lembut dipandang.
  4. Menambah Musik – Carilah musik-musik yang mengandungi alunan-alunan yang lembut supaya pengunjung anda berasa lebih seronok apabila melayari Galeri anda. Tambahkan ‘Background Music’ pada galeri, elakkan dari ’embed’ music player daripada external web bagi mengelakkan daripada load yang lambat apabila pengunjung memasuki Galeri anda.
  5. Gunakan Hosting & Domain Berbayar – Elak daripada menggunakan blogger/blogspot daripada membuat Galeri gambar anda. Jika Galeri gambar anda makin popular atau mendapat ranking yang tinggi pada Google. Suatu hari anda lihat Galeri gambar anda lenyap begitu sahaja, habis hancur luluh hati anda dibuatnya. Maka ambil langkah yang professional jika anda serius dalam perkara ini.
  6. Lindungi Galeri anda – Ambil langkah berwaspada dengan lindungi isi kandungan Galeri anda terutama gambar kesayangan anda. Edit gambar anda terlebih dahulu dengan ‘Brand’ beserta alamat ke Galeri anda untuk mengelakkan daripada gambar anda dihakmilik oleh orang lain tanpa pengetahuan anda.
  7. Pandai SEO – Jika anda pandai menggunakan SEO dalam Galari blog anda, ia adalah penambahan yang menarik. SEO ini adalah singkatan kepada Search Engine Optimized, ia baik untuk tingkatkan ranking pengunjung ke Galeri blog anda.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

9 thoughts on “Ceriakan Snap Gallery dengan kreativiti anda!”

Leave a Reply