Penipuan Sewa Apartment Cheras Ria

Pengalaman kena tipu dalam urusan penyewaan Apartment Cheras Ria.

No Rumah yang berkenaan

Butiran tuan rumah sewa.

No Akaun Maybank pemilik rumah

114085881791 nik noorzuliany – maybank (No henfon 01135546117) panggilan timbangan Kak Zu Cheras Ria

Maklumat si Suami

No henfon: 0105436117 ( Hakimin Dollah, kerja bawah syarikat Mah Sing Group )

Ini dari pengalaman saya sendiri. Dari awal perjanjian urusan penyewaan bahawa pemilik rumah sewa akan berikan agreement setelah kami membuat bayaran deposit RM1300. Masa ini 2 minggu sebelum berakhir bulan Jun 2016.

Janji dibuat dengan mulut, tidak secara bertulis. Katanya saya akan peroleh agreement dalam masa 5 hari setelah masuk.

Namun setelah dekat sebulan tiada sebarang agreement diberikan walaupun saya buat followup. Dalam masa yang sama saya juga minta tuan rumah buat resit bayaran, setelah push – barulah diberikan.

Saya hanya tinggal sewa disini bermula bulan Ramadhan hinggalah seminggu sebelum Aidulfitri. Sempat bayar RM650 (sewa rumah) + RM300 utiliti = RM950 bayaran untuk bulan Julai.

Perjanjian tuan rumah, mereka akan berikan refund RM300 utiliti balik jika kami keluar dan tidak berminat lagi tinggal disitu.

Tapi sampai tempoh akhir saya tidak terima refund, call tak pickup, whatsapp tinggal kenangan.

Ini merupakan pengalaman pertama dan terakhir melakukan urusan sewa rumah sendiri, setelah saya berkahwin. Sungguh serik. Saya jumpa iklan mereka di Mudah.my

Amaran Keras: Janganlah anda berurusan dengan keluarga ini. Kereta mereka tidak jujur, amanah dan pegang janji.

Pengalaman berhenti kerja

Start tengah bulan dalam tahun 2015 dah terasa bahang kegawatan ekonomi dekat Malaysia nih.. cuma tak berapa nak terasa lagi sebab masa ni aku baru setahun lebih kerja makan gaji.. banyak benda aku kena belajar dalam selok belok hal sampailah ke tahap EPF, Socso.. bab bab duit ni..

Mood kali ni aku nak kongsikan berdasarkan experience aku nak tahu hint awal yang company tu ada financial problem dan bila korang dah tahu kenalah segera ambil tindakan.. janganlah sampai dah teruk sangat sampai korang tak boleh enjoy your life.. barulah terhegeh nak mencari.. maklumlah bila cari bukan terus dapat… kena tunggu panggilan interview satu hal.. terpilih untuk kerja pun satu hal.. ikut rezeki masing-masing.. Continue reading “Pengalaman berhenti kerja”

Serenity Fabric and Clothing Boutique di GM Klang

Lebih kurang beberapa minggu yang lalu saya memang suka sangat ikut rakan saya jika dia free je ikut. Biasalah kenalan rapat. Kebetulan dia nak ajak saya ke butik pakaian yang dimiliki oleh cousin dia sendiri. Sebab saya pun have a little interest with women fashion so I decide to visit his cousin boutique at GM Klang.

Oleh sebab butik ni baru di buka berhampiran GM Klang, tiada lagi papan nama di letakkan di hadapan shoplot (semasa gambar ini diambil)

Di ruang hadapan butik ini kelihatan first impression yang sangat menarik kerana memiliki banner bentang serta unsur grafik yang menarik. Pasti memikat muslimah yang gemar dengan fesyen terkini di pasaran.

Antara pemandangan yang dapat dilihat apabila berada di dalam butik. Semua pakaian yang terdapat di butik ini di susun rapi dengan furnishing yang menarik iaitu bersesuaian dengan konsep butik, selain pengudaraan yang nyaman dan suasana yang redup.

Sempat lagi saya sendiri ber-selfie di bahagian rehat dalam butik ini. hehe

Saya dan rakan saya. Butik ini di miliki oleh cousin dia, saya hanya tumpang sibuk. Hehe

Sampai di sini sahaja buat masa ni, jika anda berkelapangan masa, boleh singgah sebentar di butik ini bagi mencuci mata. hehe