Kaedah Memilih dan Menilai Pemimpin Mengikut Nas dan Dalil

Memilih Pemimpin pada musim Pilihanraya

Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya)

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.”(Surah an-Nisa’ ayat 58)

Di sini saya ingin menyebut beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh non-muslim dalam konteks negara kita ini;

1. Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan.

Ini kerana Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar bertindak atas ilmu, bukan kejahilan. Firman Allah: (maksudnya):

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya”.(Surah al-Isra: 36)

Maka, setiap individu yang hendak pergi mengundi wajib mempunyai maklumat tentang calon yang hendak dipilih. Jika pengundi itu sudah tua atau tidak mampu mencari maklumat sendiri, dia hendaklah bertanya kepada pihak yang dia yakini dapat memberikan maklumat yang benar.
Continue reading “Kaedah Memilih dan Menilai Pemimpin Mengikut Nas dan Dalil”

Doa Hadapi Ribut Sonamu: Tuan Guru Nik Aziz

“Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa menyelamatkan sesiapa yang dikehendaki dan menguji sesiapa yang dikehendaki.
Antara doa yang sesuai untuk dibaca ialah :

اللهم حوالَيْنَا ولا علينا، اللهم غَيْثًا مُغِيثًا، لَا مُهْلِكًا وَلَامُدَمِّرًا

yang bermaksud : Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah angin sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan…

Latifah Hussin Al Soli: Isteri Hasan Al Banna

Latifah binti Hussin Al Soli adalah isteri pilihan ibu Hasan Al Banna. Kisah bermula apabila si ibu berkunjung ke rumah Hussin Al Soli lalu mendengar suara seorang gadis sedang membaca al Quran. Keduanya ditunangkan pada 1 Ramadan dan dikahwinkan pada 27 Ramadan.

Hasan Al Banna memanggi Isterinya “Wahai Ummu Wafa” dan Latifah memanggil suaminya “Wahai Ustaz Hasan.” Sebagai ketua Ikhwan Muslimin rumah mereka sering dikunjungi orang ramai sedangkan rumah mereka kecil sahaja. Pernah Latifah mencadangkan kepada suaminya mencari rumah yang lebih selesa.

“Wahai Ummu Wafa, istana kita menanti di syurga, Yakinlah bahawa Allah tidak akan mensia-siakan usaha kita di dunia ini,” kata Hasan Al Banna. Latifah akur dengan kata-kata suaminya itu.

Pada hari Hasan Al Banna ditembak Latifah melahirkan seorang bayi perempuan lalu dinamakan Istisyhad artinya orang yang syahid. Setelah pemergian suaminya Latifah terus mendidik anak-anaknya sehingga menjadi orang yang berjaya.

Anak-anak Hasan Al Banna:

1.Wafa – Berusia 17 tahun ketika ayahnya syahid. Berkahwin dengan Dr. Said Ramadhan.

2.Ahmad Saiful Islam, berusia 14 tahun ketika ayahnya syahid. Beliau seorang peguam dan pernah menjadi Ahli Parliman Mesir.

3.Tsana, berumur 11 tahun ketika ayahnya syahid. Pensyarah di Universiti Kaherah.

4.Roja, berumur 5 tahun ketika ayahnya syahid. Beliau Seorang Doktor.

5.Halah berumur 2 tahun ketika ayahnya syahid. Pensyarah di Universiti Al Azhar.

6.Istisyhad, lahir pada hari ayahnya syahid. Dinamakan Istisyhad bermakna memburu syahid. Beliau Seorang pensyarah.

p/s: Sometimes I minat read about sejarah Islam, so I see this thing useful for my readers, apa salahnya I kongsi kat sini kan? =)