Cara & Tip mendapat Keasyikkan dalam Solat

Yeezza..! Well dunia di Era makin maju ini. Hampir semua benda atas muka bumi Allah SWT ini mempunyai Tip. Daripada Tip kecantikan, Tip usahawan internet, Tip Untuk memberi Ceramah, Tip memikat wanita idaman, Tip (Cinta) untuk tahu Lelaki Jahat atau baik. Dan banyak lagi tip dalam dunia ini.

Then, kita ini di didik oleh keluarga daripada kecil sehinggalah besar panjang. Perkara utama yang wajib ditunaikan adalah Solat 5 waktu. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib & Isya’.

Daripada peringkat budak kecil sehinggalah dewasa dah tumbuh segala macam bulu dah termasuklah janggut dan misai. Takkan la tak ada experience (pengalaman) untuk dapatkan Kusyuk / KeAsyikkan / Puncak Keseronokkan dalam solat kot?

Mesti ada punya kan? kan? kan?

Okeylah . Berhenti.

Tip Satu

Dikalangan kita ni memang takkan lepas daripada Kesibukkan yang Melampau. Kalau jadi student IPTA, sibuk dengan asignmentnya, dengan Group work, Presentation, Kelas Tambahan & Kelas Tolakkan. Segala macam lagilah kan. So far, apa yang perlu dilakukan adalah mesti perlu persediaan awal.

Sebagai contoh (1), Kalau kita nak buat presentation guna Windows Power Point. Mestilah kena prepare atleast paling lambat pun seminggu sebelum hari present tu kita dah siap sudah.

Sebagai contoh (2), Kalau kita ada temu janji dengan isteri nak makan dinner di Restoran De Afonso (contohnya). Mesti kita dan siap tempah meja. Lilin berapa batang. Meja makan bentuk apa. Mesti dah buat tempahan daripada tengah hari lagi. Surela..

Okey seterusnya..

Macam tulah juga kalau ingin Solat berjemaah di Masjid atau Surau. Atleast dalam 30 minit lagi nak masuk waktu. Berhenti dulu dari buat kerja tu. Then pergilah take a rest kejap minum coffee ke, pot tea ke. Supaya hal-hal kerja tadi kasi lupa sikit. Tenangkan jiwa. So ia tak menganggu perjalanan solat tu nanti.

Kalau ada masa sikit lagi zikir-zikir kejap dalam 10 kali pun jadilah, daripada tak zikir langsung.

Tip Dua

Sekali sekala tu cubalah Tanamkan Hasrat untuk jadi Imam. Tak bosan ke jadi Makmum, asyik di tokok lama je?

Okeyla. Kalau masih tidak berminat, boleh cuba jadi tukang Azan. Kasi dengar sikit suara merdu kita tu. Kita tak dapat masuk Malaysian Idol. Masuk Akhirat Idol pun okleyla kan. Sekurang-kurangnya (Cheeewah!!)

Tip Tiga

Masuk sahaja waktu solat, cepat-cepat ke barisan paling hadapan. Alahai, buat la Gentleman sikit duduk saf paling hadapan baru macho.

Biarlah orang ‘pelik’ tengok kita ‘kepelikkan’. Sebab dia pun ‘pelik’. Jangan sampai kita terlampau ‘pelik’ dari dia duduk belakang sekali, maka jadilah makin ‘pelik’. Paham tak? Kalau tak paham buat-buatlah faham. (Heheh!)

Tip Empat

Setiap Surau atau Masjid, mesti ada panggil penceramah dari luar. Well.. kita sebagai makmum atau pengunjung atau orang biasa ni  kena lah stay update dengan event surau / masjid ni. Kalau tak nga nga je la. Be Gentle lah okeyh?

Dalam banyak-banyak Ustaz yang berikan ceramah Agama. Mesti ada seorang dua yang masyuk penyampaian dia. Takkan la tak ada. Kalau tak ada masakan sesetengah Ustaz tu bila dipanggil berikan ceramah Audience dia sangat masyuk. Tersangat ramai. Mesti adalah beb. Tapi ingat..

“Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan”

The End.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

2 thoughts on “Cara & Tip mendapat Keasyikkan dalam Solat”

  1. Yeah, great tips. Tip no 1 tu akan cuba saya praktikan. Ada betulnya, ketika sedang sibuk buat kerja, tiba-tiba berhenti untuk solat, maka dalam solat tu teringat-ingat dekat kerja.

    Thanks a lot! 😉

Leave a Reply