Cara terbaik ‘follow up’ posting terbaru pada blog

Semenjak akhir-akhir ini ramai diantara kita sudah mempunyai blog sendiri tidak kira ia digunakan untuk penulisan peribadi, perkongsian sesuatu atau tempat untuk memberikan informasi terkini kepada orang ramai.

Namun, segelintir ada yang tertanya-tanya apakah jalan yang terbaik untuk mengikuti perkembangan terkini posting blog yang menjadi kegemaran pada masa akan datang tanpa melayari blog yang ditujui?

Ramai blogger yang menggunakan fungsi Google Friend Connect buat masa ni, tapi dengar kata Google akan memberhentikan kemudahan ini dan fokus kepada Google plus, jadi ini tak best..

Google friend connect pula hanya terhad kepada pengguna Blogger.com, jadi tak farelah kan?

Jadi macam mana ye, boleh kongsikan?

Okey, kenal tak produk Google Reader? (bagi dah kenal tak mengapa) Google reader salah satu aplikasi web yang menawarkan perkhidmatan halaman pembacaan pada sesebuah laman web atau blog yang menggunakan fungsi Feed. Kebanyakkan laman web berita seperti Harian Metro, Malaysiakini dan seumpama dengannya mempunyai fungsi ini. Juga terdapat pada laman sosial twitter, facebook yang lain.

Untuk pengetahuan anda, sudah bertahun saya menggunakankan aplikasi ini, dan saya suka!

Jadi anda bila lagi?

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply