Cara kekalkan hubungan Lelaki dan Perempuan

Just another share from experience.. Pabila bosan-bosan dan secara kebetulan datang knowledge ni jadi tangan pun ringan nak menaip. Maka taiplah beberapa patah perkataan. Sikit jee ni tak banyak mane punn. Bacalah kalau tak malu. Hehe (^^!)

Sentiasa berprasangka baik

terhadap dia tidak kira apa jua yang berlaku. Jika tiba masa yang sesuai tanya dia sendiri, tanya sebaik mungkin jangan gaduh-gaduh. Lebih baik jika anda mengajaknya untuk berbincang. Perempuan suka kalau kita hormati pandangan dia, dan bila lama sikit ajar dia untuk menerima pandangan kita pula.

Elakkan menggunakan pihak ketiga

Benda ni kalau bagi orang yang tak biasa atau baru belajar boleh je guna. Tapi jangan terlalu kerap dan bergantung pada orang ketiga kerana banyak benda tak baik boleh berlaku seperti silap faham, salah faham, tidak sefahaman. Tak gentle lah, cubalah berdikari sikit!

Bersabar

Cara dan pemikiran diantara jantina ni berlainan. Kekadang perangai individu berbeza mengikut situasi, kekadang ok dan kekadang tak. So kalau marah pun tak guna, cetus pergaduhan. So sabar je la, kalau marah pun lepas tu kita menyesal.. dan back to sabar juga kan?

Memberi nasihat

Jangan keterlaluan sangat atau kerap sangat kerana akan jadi bosan. Yea penerima tu bosan, nak buat boleh. Cuba dulu sekali dan lihat respon dia positif ke negatif. Tapi kena ingat, first impression ni penting so banyakkan guna AKAL pada EMOSI dan rangka strategi dengan baik sebelum buat, silap buat silaplah jadinya. Saya tak mau tanggung (^^!)

Faham dan Percaya

Ni merupakan faktor penting dalam topik ni. Perempuan ni mahu lelaki percaya dia. Jika perempuan sudah percaya pada lelaki, lelaki kena jaga leklok. Percaya ni benda paling mahal ibarat berlian, mahal dan susah mau dapat. Dan dapat jaga leklok. Lelaki mungkin akan rasa selalu diri kite je yang kena pikir pasal dia, faham dia, percaya dia.. yeah itu INPUT yang kita kena bagi dengan ikhlas untuk dapat OUTPUT yang baik. Memang mengambil masa, SABER le.. kita nakkan dia kan, kena ikut dulu.. hati manusia susa nak berubah.. kena memberi dulu.. insha’Allah kita akan menerima. Ingat kena SABER le..

Jaga Privasi

Don’t be rushing sangat. Kekadang tu jangan selalu contact, kerana manusia ni ada privasi peribadi mereka. Adakalanya kite perlu bersendirian tanpa diganggu. Kekadang tu ada masa yang sesuai dan ada yang tak, tengok keadaaan dan masa yang sesuai. Wujudkan zone selesa.

Hormat

Sejauhmana pun kita mengenali dan rapat..hormat tu mesti kena ada. Maklumla, bila kita rapat dengan seseorang mesti kita tahu kelebihan dan kelemahan orang tu. Jadi hormat la dia dengan sebaiknya, ada setengah bahagian yang tak baik bukan dia nak pun jadi macam tu.. banyakkan berfikir la sikit.

Low Profile

Merendah diri sentiasa. Tak salah pun merendah diri ni sebenarnya, sentiasa egois pun tak best juga dalam situasi tertentu. Kekadang untuk melembutkan hati seseorang ada masa kena tegas sikit, sekali sekala merendah diri pun boleh juga lembutkan hati seseorang ni. Tak percaya cubala dulu. Just baca disini, tak buat tak jadi. Betul tak?

Mood

Ni jejarang sekali mesti kena ada gurau senda, sakat sesikit. Takkan la nak serius memanjang. Nakal sesikit pun boleh juga, tapi jangan terlebih sudah la yer nanti mengarut pula jadinya. Bersederhana je buat tu. Banyakkan kemesraan pada keseriusan dengan skala 95% mesra dan 5% serius. Pandai-pandailah buat yer, kan suda besau panjang.

Pandai masuk Line

Jejarang sekali ajakla makan-makan, belanja makan. Kalau kena caranya boleh mengeratkan hubungan kepercayaan dan kemesraan. Siapa yang tak suka orang belanja makan, mestilah rasa dihargai, rasa di caring secara tidak langsung (indirect) punya. Bila dah makan dan minum sesama tu, selitkanlah sedikit perbualan bukannya diam bisu je. Macam tunggul kayu, nak malu pun biar bertempat la. Apa yang penting niat tu kena betul, niat salah takut la, niat betul kenapa nak takut kan kan?

Okeylah just ini sahaja buat masa ni, sehari juga menaip benda ni perah otak. Okey muga ia membawa kebaikan bersama. Chill lah!

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply