Can you please..

sunrisez

Maafkan Ku..

Dengan lemah lembut ku mengangkat kedua tangan untuk bermaafan dengan hati yang sedih sekiranya sepanjang menulis blog ini ada terkasar bahasa, tersilap bicara, marah tidak menentu dan bermacam-macam aneka jenis lagi membuat pembaca menyampah, bosan, fikir yang bukan-bukan, mengata itu dan ini. Ku tahu kerana itulah pengunjung sudah tidak lagi mahu berkunjung ke blog ini kerana sejak beberapa hari dan bulan yang lepas olahan semakin hari semakin panas. Apabila mulai baca panas mula terasa dimana-mana. Diharap dikau maafkan ku yang lalu.. demi agama akan diteruskan..

Kepada sesiapa yang sudah ditegur tu, jika rasa benda itu tidak baik buat kamu buang jauh-jauh.. Jikalau baik buatmu buatlah amat sehingga ke anak cucu.

Perkara yang pahit sudah tentu susah dan sukar diawalnya namun beakhir dengan senyuman. Perkara yang senang dan mudah diawalnya akan berakhir dengan kesengsaraan dan penyiksaan.. mungkin sekarang belum alami namun kamu akan alaminya juga… ingatlah..

Menyayangimu..

Ku menegur bukan bermakna benci.. tapi kerana sayang.. kita merupakan dari 1 keturunan Nabi Adam.. bukankah kita bersaudara walaupun berlainan keturunan, generasi dan keluarga..

Janganlah binasakan dirimu.. ingatlah tujuanmu dicipta diatas muka bumi ini.. bermula hanya dengan setitik air yang hina lalu membesar didalam rahim ibumu.. Lalu ibumu membesarkanmu sehingga besar panjang bukan untuk bersuka ria tapi untuk memimpin masyarakat.. setiap dari kita mempunyai tanggungjawab yang besar.

Jika kita hanyut diarus sungai dunia bersama-sama mereka.. siapa yang akan membantu menegakkan kebenaran?

Ku Mula menyedari..

Hari demi hari berlalu dan berlalu sehingga tidak sedari dek kesibukan yang berlalu bak air sungai yang mengalir datang dan pergi tidak berhenti. Hari makin hari berlalu dengan penuh hikmah nan salju sehingga leka kerana arus. Pada saat waktu terhenti ku mula menyedari akan sesuatu… Ku bukannya agamawan yang petah bicara diatas mimbar masjid menyampaikan ilmu dunia dan akhirat.. Ku bukannya ustaz yang layak untuk memberikan ceramah ke hulu ke hilir… Ku hanya remaja biasa masih mencari cahaya.. Dan ingin sampaikan cahaya pada saudara yang lain..

Seluruh dunia pada umumnya, Malaysia pada AMnya hari ini suasana sudah tidak stabil apabila Islam sekular bertembung dengan Islam yang datang dari Allah. Masing-masing berlawan-berlawan dan berlawan.. tidak akan berhenti sehingga kiamat menanti.. Mereka yang benar tidak akan berputus asa berjuang dan berjuang.. walaupun di Malaysia tidak sampai tahap tumpah darah.. hanya berlawan pada pilihan raya..

Namun mereka ini  sudahpun berusia pada suatu hari mereka ini akan kembali pada Allah jua. Jika kita terus hanyut adakah tempat mereka akan diganti dengan kita ini?

Kita sama sahaja..

Diri ini masih digelar remaja. Ku turut gemar melakukan apa yang remaja turut lakukan seperti gemar dengan hiburan, membaca majalah, berkawan dengan sesiapa sahaja lelaki dan perempuan. Mungkin sedikit berlainan (siapa yang kawan denganku hanya tahu). Mungkin boleh dikatakan diri ini begitu kompleks.

Kehairanan..

Kita sama iaitu seorang manusia.. hamba Allah.. (walaupun kadang-kadang kita terlupa). Namun kenapa jika kita berbicara tentang Islam semua mengelak? Kita lebih suka kepada perkara yang tidak berfaedah.. kenapa.. kenapa dan kenapa?

Kenapa kita suka kepada hiburan sehinggakan terlupa dan tidak mendahulukan solat sedangkan kita tahu menanguhkan solat itu menuju kepada kebinasaan?

Usahlah menanam sikap ego dalam diri kerana ia akan memakan diri. Tanamkanlah sikap merendah diri kerana itu lebih baik dan kerana kita hanyalah seorang hamba.

Kesedihan tidak berakhir..

Ku terasa amat sedih kerana melihat remaja hari ini hanyut.. betul… ku tidak menipumu.. ku sedih sangat.. pada waktu lapang ku selalu termenung kenapa mereka hanyut.. kenapa dan mengapa.. ia membuatkan ku bingung… ku takut jika suatu hari kamu menangis kerana perbuatanmu sendiri…

Ku tidak boleh untuk tidak mengambil tahu akan perilaku saudara Islam ku kerana ku akan rasa bersalah dengan Allah.. Mungkin kamu tidak tahu apa yang kubicarakan disini kerana belum tiba masa kamu memahami…

Kadang-kadang ku terasa seram sejuk hampir demam memikir mengenai ini.. namun tiada seorang pun tahu.. kecuali keluarga yang sentiasa menyokong dan berada disisi.. Ku tiada siapa dalam dunia ini yang ku dapat bergantung memohon keamanan.. kecuali pada Allah yang maha mendengar segala rintihan hambanya..

Ketahuilah..

Apa yang tersirat dan tersurat semua berada dalam kalimah syahadat..

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

6 thoughts on “Can you please..”

  1. teruskan memberi nasihat dan sinar Islam.
    Jangan takut dan jangan mudah lemah.

    Manusia semuanye mmg mcm tu, termasuk diri saye sendiri.

    Bile da semakin dewasa dan menjaukawi waktu dan usia, pasti kesedaran sikit2 akan timbul

  2. teruskanlah penyebaran dakwah yg mulia ini! kritikan saudara adalah bermakna apabila ada org yg terasa kerana saudara telah berjaya menyebarkn dakwah kpd mereka!!!!!!!!!!! ^_jumpy

  3. ~menegur demi kebaikan, tiada salahnya.. siapa yan terasa pedasnya, maknanya memang dia makan cili la…

    ~teruskanla memberi sinar, tidak ramai yang mampu, tidak ramai yang mahu…

    ~remaja yang kenal remaja sahaja tahu cara untuk mengubah remaja lain…

    ~berbicara tentang agama, ia bukan semudah cakap-cakap kosong. bicaranya perlu benar, perlukan faham dan fikir…

    ~seorang saudara, patut sayang pada saudaranya yang lain..

    ~bijak bicara, bukan mudah. silap cara, membawa padah..

    🙂

Leave a Reply to beliamuda Cancel reply