Blog to Blog

pic_blog

Hooray!! harini i baru balik dari kampung baru aje 3 jam yang lepas masa i menaip di blog ni… Sambil-sambil tengah bohsan baru balik.. family sumer dah tido tinggal i sorang je blom haha.. berjaga malam kejap… tapi alahai penat uih.. sakit belakang nih…

Mana taknya.. perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur memakan masa 8 jam maa… oklah bab balik kampung ni nanti i mulakan story pada post akan datang nih… sabau-sabau… hehehe.. Kembali pada tajuk kita pada malam pagi ni. Dalam tengah menunggu mengantuk datang, online la kejab.. Masuk blog geng-geng dan kengkawan sume.. yang i nak bagitaunya.. kelakar betul i tengok pada blog ni.. sebabnya dia tukar penyelia hosting lain.. transfer sekali dengan domain.. harga mahal pula tu.. haih.. Ingat nak bagitahu pada dia.. mahal harga hosting situ..

Kalau nak i boleh tawarkan hosting pada dia, sebab ada partner yang jual hosting.. insyaAllah berbaloi la. Bab domain yang i nak sharenya. Kalau you all nak tukar hosting lain.. tak perlu transfer domain ke penyelia baru.. kira stay guna yang lama je.. kiranya you all hanya update name server.. Apa kebaikannya? Kalau transfer ke penyelia lain.. you all akan dikenakan caj untuk transfer domain tu.. buang duit dah bab tu.. Apa-apa pun, kalau nak buat sesuatu.. silalah.. dan rajin-rajinlah bertanya pada yang pakar… cewah…

Okla.. i ngantuk da… salam daa…

Amaran: tanya i pasal ni pun boleh, i sedia membantu. 😛

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

2 thoughts on “Blog to Blog”

Leave a Reply