Bila senang kawanku syurgaku bila susah?

cars-roadcoBila disebut mengenai Remaja. Pelbagai persepsi yang akan  keluar pada kotak minda. Sudah tentu banyak persepsi negative yang akan keluar berbanding positif. Ini pengalaman saya bergaul dengan orang dewasa serta orang yang lebih tua. Masing-masing mempunyai percakapan dan pandangan yang berbeza. Antaranya…

Pakcik A: Entahlah budak zaman sekarang, ikut trend pakaian. Zaman kita dahulu tiada pun pakaian ‘pelik namo jin’ ni.

Pakcik B: Anak-anak sekarang masa siang keluar dengan kawan balik malam. Bila ditegur banyak menjawab mulut orang tua.

Contohnya, bila kita nampak ada orang di pusat membeli belah berpakaian pelbagai jenis. Ada jenis pakai tudung atas (tutup kepala sahaja). Nak contoh………….? tak perlu la. nanti akan dipost pada post lain.

Bila dah pakaian macam alien tu. Kenapa alien? kerana kita panggil dia pelik kan. Macam itu juga istilah orang yang pakai pakaian pelik sedangkan pakaian yang tidak pelik ada belambak jual di Pasar Raya. Brand B.U.M, Forest (yang sesuai) belilah kata banyak duit. Ini tidak beli pakaian corak macam…………………… tak tahu nak kata apa. Contoh macam dijual pada Echo Park, Wild Channel..dan banyak lagi di pasaraya-pasaraya besar seperti Sungei Wang, One Utama, Terminal 1, Jaya Jusco, Time Square dan lain-lain.

Diatas merupakan tulisan secara ringkas…

Oleh kerana melampau dan terlampau banyak kejadian aneh yang berlaku pada remaja zaman sekarang (orang tua takda) tidak tahu bila akan berkesudahan..agaknya sampai dunia ni kiamat tidak akan berubah?

Contoh si perempuan (sebab selalu jadi mangsa). Kalau pakaian macam alien habis la. Akhir-akhirnya tak lepas mengadu dengan mak dan ayah. Keluarga juga tempat utama kita bergantung. Masa ‘Kawanku Syurgaku’ dulu tak ingat dunia. Ada yang lawan cakap ibu dan bapa.

Sepandai-pandai tupai melompat. Akhirnya jatuh ke tanah jua

Secara ikhlas, ia tidak akan berjaya diubah selagi tiada sesiapa yang ambil peduli tentang mereka. Bila nak tegur…(suruh kawan tadi)

“Eh, tak berani aku… cuak arr.. silap-silap kena sepak terajang dengan pakwe dia mampos”

Ini takut tak bertempat, kalau bab usik…usha… tarik perhatian berani nak tunjuk ‘macho’. Bila sampai part ni hampagas!

About the author

nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

View all posts

5 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.