Bila Berniaga, Jangan Kutip Hutang, Jangan Kena Matahari

Hassan Al Basri : Merupakan seorang Ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan.

“Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada dua perkara ayah ingin kamu lakukan.

  1. Bila kamu berniaga, *jangan kutip hutang*.
  2. Bila kamu berniaga, *jangan kena matahari*.”

Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia.

Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, pernigaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : “Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari *semakin merosot?*”

Jawab si adik : “Saya ikut pesanan ayah”.

Si ibu : “Apakah pesanan ayahmu?”

Jawab si adik : “Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak akan kutip bayaran”.

Pesan ayah lagi, “KALAU BERNIAGA, JANGAN KENA MATAHARI”.

“Kemana sahaja saya berniaga, mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah”.

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : “Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari *semakin maju*, apa yang kamu lakukan ?”

Jawab si abang : “Saya ikut pesan ayah”.

Si ibu : “Apa pesanan ayahmu?”

Jawab si abang : “Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua saya JUAL TUNAI. Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya.

“Kedua, ayah berpesan. “KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI”. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari”.

Pengajaran daripada kisah ini – Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara akan menjadikan titik arah hidup yang berbeza.

About the author

nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

View all posts

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.