Bicara Selebriti

Di Malaysia, iaitu negara kita ni kalau tiada hiburan sememangnya tidak cukup resepi kata orang. Kitan lihat sahajalah di Malaysia kebanyakkan hal-hal untuk tarik golongan muda pada agama mesti perlu selitkan unsur-unsur rumors, jenaka dan hiburan. Ini keperluan jiwa anak-anak muda zaman sekarang. Saya sendiri juga sangat tertarik dengan hiburan perunsurkan positif. Kalau kita duduk solat di masjid waktu bulan ramadhan imam yang baca panjang semestinya akan berlagu bacaan surah, kalau tak jemaah akan lemau lah jawabnya. he he he.

Watak utama dalam konsep hiburan yang dibawakan khas dari Kerajaan Negeri Kelantan ini iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI), Heliza Helmi, Meyda Sefira (pelakon Ketika Cinta Bertasbih), dan Amin Idris. Mereka ini merupakan watak hiburan islamik yang tidak asing lagi di Malaysia, sudah pasti orang muda dah kenal kan. Tipu lah kalau tak kenal dorang ni.

Buat masa ni, ni jer yang saya nak kongsi dengan korang. Kalau tiada hal masa rancangan ini berlangsung, curilah masa untuk sertai yer. Saya sendiri nak join tapi tinggal di Selangor kan, tiada kesempatan nak ke Kelantan. Okey selamat berhibur dan menimba ilmu!


Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply