Bertukar TELCO Maxis ke DiGi

Selamat berhujung minggulah semua!

Hari ni saya nak share sikit. Asalnya saya ni pengguna hotlink prepaid sudah berapa lamalah, nak dijadikan cerita, masa pulang ke kampung haritu ya Tuhan line Maxis di kawasan Pasir Puteh Kelantan teruk sangat, sampaikan 3g pun takde. Secara kebetulan cousin saya pakai DiGi, saya tengok dia online siap stream video bola lagi, pergh jeles. Tapi Maxis dengan Celcom memang bermasalah. Heh.

Balik je Kuala Lumpur, terus walk in ke DiGi centre KLCC dan apelagi transfer nombor dari Maxis prepaid ke DiGi postpaid. Ambil masa 2 hari berkerja jugak lah. Tapi 8 hari jugak sebab Maxis transfer dibawah proses penyelanggaraan. Minggu seterusnya, alhamdulillah! Dah switch ke DiGi smartplan. Plan ape? Biarlah rahsia. Haha. Okeylah babai

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply