Berjemaah lebih ganjaran

Masjid KLIA
Masjid KLIA

Siapa yang berlumba pergi solat berjemaah hampir setiap waktu? Angkat tangan! Nak ceritanya kali ni pengalaman aku sendiri. Aku sendiri pun tak complete set jemaah 5 waktu, tapi hampir-hampir tu adalah. Nak ceritanya disini, alkesahnya bukan semua orang merasai nikmat solat berjemaah kalau tak cari. Kita biasa dengar, hidayah Allah ni kalau tak cari memang tidak dapat dengan percuma. Oleh sebab ia bersifat exclusive kita perlu cari. Tak boleh tunggu ia datang bergolek. Sedangkan gaji bulanan kita hari ni yang kita dapat untuk sara hidup pun kita usaha bersungguh-sungguh apatah lagi nikmat solat berjemaah.

Antara permulaan seseorang itu nak berubah antaranya, apabila ia sibuk bekerja ia akan jadi serabut, boring, bosan dengan apa yang dibuat, atau rasa sesuatu yang tak cukup. Ini antara kegelisahan yang Allah beri rasa pada kita untuk tambah berbuat kebaikan dan amalan. Sebenarnya ini antara salah satu petanda, kerana lain orang lain caranya dan rasanya. Allah berikan permulaan itu berdasarkan tahap-tahap seseorang individu. Ada yang cara lembut, ada yang cara kasar dan bermacam-macam cara yang menjadi rahsia Allah.

Hidayah atau nikmat Iman ini mahal nilainya. Apabila kita perolehi, genggam ia erat-erat dan kekalkannya dengan menambah ilmu pengetahuan mengenai agama. Ulangkaji apa yang kita pernah belajar untuk kekalkannya dan tambah ia untuk mantapkan lagi untuk upgrade amalan kita. Caranya adalah dengan menggunakan mata untuk membaca dan menggunakan telinga untuk mendengar. Ini antara dua kaedah utama untuk memantapkan lagi ilmu pada diri kita sendiri.

Aku rasa sampai ni sahajalah sebab idea aku menulis ni secara rawak dan bersahaja. Kebetulan ada idea dan ilmu sikit aku kongsikan disini.

Semoga jumpa lagi.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply