Berfikiran positif dalam kerjasama

Dalam arus dunia kerjaya sudah pasti memerlukan ‘kerjasama’ diatara rakan-rakan yang lain. Kerjasama sudah tentu amat diperlukan terutama pada syarikat yang baru suam-suam kuku (heh!).

Syarikat yang baru dibina memerlukan kesabaran, komited dalam ‘kerjasama’ diantara rakan-rakan yang lain kerana pada tahap ini kakitangan kerja hanyalah dikenali sebagai ‘partnership‘.

Dalam situasi yang rumit mestilah menanamkan tahap kesabaran yang tinggi bagi menempuh dugaan dan cabaran yang melanda. Paling penting kekuatan iman dan taqwa didalam diri bagi seorang Islam. Isteri juga memainkan peranan penting apabila suami berada dalam situasi begini, bagi yang sudah berkahwin (Oh!).

Apabila berhadapan dengan sesuatu yang sukar, kekuatan mental dan fizikal pada masa ini mestilah dikuatkan bagi mengelakkan perkara yang ‘negative‘ daripada berlaku. Sebagai contoh,

  • hilang keseimbangan dalam menilai baik dan buruk
  • syak wasangka bukan-bukan terhadap rakan
  • hilang kewarasan dalam berfikir
  • mengalami kebuntuan dalam menyelesaikan masalah

Hal diatas mungkin akan bertambah buruk lagi sekiranya ‘partnership‘ tinggal berjauhan daripada kita.

Jika perkara seperti diatas berlaku kemungkinan solusinya adalah seperti berikut,

  • mengajak berbincang secara bersemuka
  • sentiasa beristighfar kepada Allah s.w.t
  • sentiasa berfikiran positif ‘positif thingking‘ terhadap rakan
  • sentiasa mengingati diri, ini adalah ujian dan dugaan daripada Allah s.w.t
  • jika anda berada di hadapan komputer, silalah bangun pergi ke taman atau ambil secawan minuman untuk melegakan serabut (Yeah!)

Baiklah, sekadar itu sahaja perkongsian untuk masa ini!

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply