Berblog dari baik bertukar tidak

padang_grassAdakah anda faham apa maksud diatas? “Berblog dari baik bertukar tidak? Terfikir tak maksud dia apa agaknya disebalik tajuk diatas? Memandangkan zaman IT dan Teknologi masa kini menyebabkan lahirnya golongan pakar IT dan insan yang mempunyai ilmu pengetahuan mengenai IT. Bila berkata tentang blog siapa-siapa pun kenal kan? Kalau tanya makcik-makcik dikampung pun gerenti tahu punya..

Zaman sekarang boleh dikatakan semua golongan manusia mempunyai blog sendiri. Bermula dari belajar sekolah, kolej, universiti mahupun yang sudah bekerjaya serta diikuti oleh ahli-ahli politik tanah air. Tujuan utama blog ini juga hanya satu. Iaitu menyampaikan sesuatu perkara kepada orang lain dengan pantas. Kemudian datang pengunjung yang membaca lalu memberi komen dan pandangan mengenai isi kandungan artikel tersebut.

Berbalik pada tajuk, apa saya ingin katakan ini adalah dari pemerhatian saya. Segelintir blogger yang menggunakan wordpress self host ni tapi bukan wordpress.com yer. Mereka ni majoritinya dahulu blogging pada blogspot.com, dan beralih ke wordpress self host. Sepanjang tempoh mereka berblog pada blogger.com ok je mereka blog secara normal. Namun apabila beberapa bulan mereka menggunakan wordpress self host (domain + hosting berbayar) mereka jadi non-normal. Sebab mereka ter-GILAkan trafik, sanggup menulis artikel yang mengarut dan entah apa-apa, macam menulis artikel yang tiada ke-ikhlasan.

Jangan marah ya kalau kena batang hidung masing-masing. Saya tak tuju pada sesiapapun ^^!

Tujuannya rasa ada satu sahaja, nak suruh komen pada artikel mereka dan dalam masa yang sama menaikkan trafik ke blog mereka. Saya amat terkilanlah ada segelintir juga sanggup post artikel mereka yang berunsur 18sx. Kenapalah mereka ni sanggup post benda-benda macam tu, kalau orang non-Islam tak apalah jugak..ni orang Islam. Mereka ni tak rasa malu ke? Nak tarik trafik pun ada banyak lagi cara lain. Jadikan blog youall sebagai tempat orang menuntut ilmu.. bukannya menuntut dosa. Saya rasa youall mesti ada ilmu lain yang boleh dikongsikan lagi bukan kerja nak mengarut je.

Satu bahagian lagi beberapa buah blog menceritakan pengalaman cinta mereka, macam-macamlah you suka I, dan I suka you..  hehe kelakar pulak bacanya. Bahagian yang harus ditelitikan disini, janganlah tulis bahagian yang dikatakan HARAM dalam agama Islam. Contohnyalah seperti berpegang tanya diantara lelaki dan perempuan, episod couple, bahagian ajak si dia keluar makan dan bergurau ala nakal tujuannya untuk menunjukkan sporting kononnya. Bukankah itu bahagian zina? Zina ni ada beberapa bahagian, yang saya ingat zina mata, zina hati, zina sentuhan, zina mendengar, zina menghidu bau-bauan (wanita/perempuan bukan muhrim).

(1) Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur ayat 1)

Berdasarkan maksud ayat An-Nur diatas. Mungkinlah kita terlepas dari kena sebat di Malaysia ni sebab kita dipimpin kerajaan Sekular. Namun kita tidak akan terlepas dari hukuman dari Allah s.w.t. ingat tu.

Okeylah yang penting jangan Gilakan trafik. Tak bermakna komen banyak boleh diertikan artikel tu ada kualiti.

Bahagian cinta pula kalau berkesempatan bolehlah download Kuliah pengurusan cinta sini (part 1) dan disini (part 2).

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

3 thoughts on “Berblog dari baik bertukar tidak”

Leave a Reply