Hubungan: Beberapa perkara tentang perempuan

Hai, well selama saya menjalani kehidupan bersama kawan-kawan di usia remaja ini. Sudah bermacam-macam perkara yang saya tempuhi daripada lawan menjadi kawan.. daripada benci menjadi sayang (ceh!).. daripada takut jadi berani.. daripada bodoh menjadi pandai.. dan so on, banyak lagi lah kan ?

Well, ini hanya pengenalan sahaja. Selama saya menjalani kehidupan yang normal seperti remaja yang lain, saya juga suka memerhati manusia tak kira lelaki ke perempuan. Memang saya suka memerhati orang, tapi tak selalulah.. masa muncul mood yang gila-gila sikit terbuatlah jugak.. tapi bukan jenis nakal.. jenis yang baik.. (heheheh..)

Apa yang saya nak kongsikan disini adalah seperti berikut, mungkin situasi ini bukan semua yang lalui.. saya sahaja (mungkin?).. saja nak coretkan disini manalah tahu ada diantara pembaca yang mengalami perkara yang sama. Ok antaranya seperti berikut

  1. Perempun ni dia akan meminta tolong pada lelaki jika ia benar-benar perlu sahaja. Jika masa tak diperlukan dia buat tak kenal jer walaupun bertembung di mana-mana. (sebagai seorang lelaki.. penah juga terkilan pada part ni.. tapi buat tak tahu jer.. kalau cakap pada mereka pun.. buat sedih jer.. T__T)
  2. Perempuan ni dia akan terus hubungi lelaki jika dia selesa dengan lelaki tersebut, kalau tidak jangan haraplah! (haha..)
  3. Perempuan ni, jika dia menyukai seseorang lelaki. Tak kiralah si lelaki tu jarang-jarang je ambik kisah tentang perempuan ni.. dia akan terus push push lelaki tu.. (tak faham? buat-buatlah faham yer..) . Lagi satu, kalau lelaki yang perempuan tak suka.. tak kiralah sejauhmana pun lelaki tu push perempuan.. tak ada makna langsung pada si perempuan tu.. (haha.. pengalaman beb pengalaman)
  4. Dalam bab layanan, perempuan ni kalau si lelaki yang dia tak suka atau sekadar kawan biasa je.. lain layanannya. Contohnya, bila lelaki minta tolong sesuatu dia lain sikit.. ada kesungguhan.. tapi kalau hanya biasa-biasa.. sebaliknya la.. tiada makna buat diri dia.. (faham-faham je la eh.. sedih dan sayunya.. sobs..).
  5. Dalam bab komunikasi, perempuan ni.. kalau just kawan biasa.. Kebiasaannya bila dah kenal lama.. dia akan bahasakan diri ‘kau’ dan ‘aku’ jer. Tapi.. kalau si lelaki yang dia pernah berkawan tu.. dan si perempuan suka atau ada sesuatu yang istimewa pada lelaki tersebut.. kata nama tu dah lain.. ‘kau’ tukar jadi ‘awak’ manakala ‘aku’ tukar jadi ‘saya’. Ataupun ia akan bahasakan nama dalam komunikasi.  (hehe..betul tak murid-murid?)

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply