Be honest person using Nuffnang

nuffnang-teamsPertama kali saya ingin katakan “Be honest person using Nuffnang” atau jadilah orang yang jujur menggunakan Nuffnang. Ini kerana saya lihat ramai pemilik blog yang suruh pemilik blog lain mengklik iklan Nuffnang mereka dan berulang-ulang. Masing-masing menipu diri sendiri. Susah ke menjadi orang yang jujur? Kalau ya pun nak dapatkan duit percuma buatlah dengan jujur, janganlah suruh si dia tolong klikkan.. dan kita klik yang dia punya. Anda semua tidak terdetik dihati rasa bersalahkah?

Si pihak Nuffnang mungkinlah tidak tahu akan hal ini tapi anda yang beragama Islam kenapa tunjukkan moral yang tidak baik kepada bukan Islam? Adakah anda tidak memikirkan semua itu? Duit yang anda dapat pun 50/50 entah halal ke tidak nak digunakan bila cashout Rm50 nanti. Dalam Islam jujur ini amat dititik beratkan kepada penganutnya. Tak perlu cerita panjang-panjang benda ni semua orang tahu tapi tidak diamalkan. Tapi ingat ‘matlamat tidak menghalalkan cara’.

Dahla pemilik Nuffnang bukan Islam (non Islam) kita ni Islam tunjukkanlah yang Islam ini ajar penganutnya jujur. Mungkinlah orang cina (bukan Islam) yang menggunakan Nuffnang pun berbuat perkara yang sama, Tapi mereka itu (bukan Islam) kita ni Islam tunjukkanlah contoh yang baik. Susahkah menjadi seorang yang jujur?

About the author

nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

View all posts

28 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.