Balik kampung, Tidak memahami

Balik kampung

Ya, seperti dijanjikan hari aku akan pulang ke kampung di Kelantan.. hati terasa agak seronok kerana bebas sikit selepas dikerumuni oleh peperiksaan beberapa hari yang lepas.

Namun balik ini tidak lama.. hari Ahad nanti kami Dip.Sains.Kom akan ada Graduation Dinner.. so agak penat hari ahad nanti.. balik terus dihantar pada kolej.. T_T

Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan baik, insyaAllah ;P

Tidak memahami

Tidak tahu bagaimana ingin mulakan, aku keliru dan sukar memahami perasaan perempuan.. kawan-kawan perempuan aku tegur pun aku layan tak layan.. orang kata layanan acuh tak acuh.. tapi bagi kawan perempuan yang baru dalam hidup aku.


Perkara yang aku takut.. jika aku berbual jarang-jarang sekali dengan perempuan aku tak pandai bercakap.. tapi dapat merasai yang setiap kali aku bertanya khabar pada perempuan dan berbual tentang perkembangan hidup mereka, sebab jarang-jarang menanya khabar berita. Mula-mula percakapan agak mesra dan ok, tapi bila lama-lama (beberapa minit  kemudian) ada riaksi bosan.. dan lain-lain.

Dalam percakapan ni sebenarnya, perlu ada kelakar sikit-sikit jika tidak situasi akan menjadi bosan.. dan pelbagai perkara lain. Malangnya aku tak pandai berlawak jenaka dengan perempuan itu yang agak ‘sukar’. Jika dengan sama-sama lelaki okey.

Selalunya perempuan yang akan berjenaka dengan aku, aku tak pandai.. so suasana jadi UN-Happy.

Tidak dinafikan, sebelum ni aku ada belajar agama.. mungkin sebab ilmu itu yang menghalang aku daripada ‘benda’ ni. Tapi sampai bila nak macam ni kan. Dalam agama pun tidak melarang kita berkawan dengan perempuan, namun ada batasannya. Aku akan cuba seimbangkan diri, dan insyaAllah tidak lari daripada benda asal =)

So, minta maaf sangat siapa yang terlibat.. memang tidakku pandai.. melayan perempuan baik-baik..

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply