Azam Tahun 2009

Pejam celik dan pejam celik.. Alhamdulillah masuk tahun 2009. So apa azam tahun baru ni? Pertama sekali mari lah kita ucapkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana kita diberikan peluang untuk hidup sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.  Apabila saya mengimbas kembali tahun yang lalu.. terbayang kisah pahit dan manis permainan kehidupan. Alhamdulillah saya diberi peluang untuk hidup sampai ke hari ini. Em.. ok..tiap-tiap hari saya sentiasa duduk di depan laptop kerana tiada apa yang saya boleh buat tanpanya.

Untuk pengetahuan semua saya ingin memulakan kehidupan baru, iaitu ingin membuat perniagaan seperti menawarkan perkhidmatan kepada sesiapa yang memerlukan. Saya ada buat perkhidmatan membina blog wordpress, membina laman forum khas untuk persatuan sekolah-sekolah, persatuan di Universiti serta Kolej. Em… saya juga ada menyediakan perkhidmatan hosting laman web.. baru aje.. tidak sampai sebulan.. Semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh saya boleh dilihat pada navigasi di atas header sana..

Em.. apa lagi nak cakap ek? huhu.. tak ada idea la.. btw saya suka cara orang Kelantan menyambut tahun baru kerana mereka laungkan Azan apabila tepat jam 12 pagi. Lain ditempat lain, mereka mengadakan konsert hiburan.. adakah ini dikatakan Malaysia negara Islam? hoho.. jauh sekali.. Setahu saya la.. Kelantan sahaja Negeri Islam.. tempat lain tiada dan jauh sekali.. maaf sebab lari tajuk.. tapi ini lah reality di Malaysia.. Subhanallah..

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply