Asri – Rabbani: Pergi Takkan kembali lagi

Imej009Saya hari ini selepas siap mengambil exam kertas ke 3 terakhir, macam biasa jika tidak online memang tidak sah. Masuknya akaun email gmail saya, mesti masuk Google Reader. Berita kematian vokalis utama kumpulan Rabbani yakni Ustaz Asri sememangnya satu kehilangan yang amat bernilai bagi hiburan nasyid tanah air. Saya ini merupakan peminat kumpulan Rabbani semenjak kecil lagi. Dalam banyak-banyak kumpulan nasyid, Rabbani yang sentiasa dihati. Ini kerana ustaz Asri mempunyai suara yang agak sedap, mempunyai suara yang unik. Irama nasyidnya juga sesuai dengan hati para remaja di negara ini. Bak kata orang nasyid mempunyai rentak irama moden tidak terlalu klasik.

Tidak dinafikan kumpulan Nasyid Rabbani ini mempunyai anggota penyanyi yang ramai berbanding kumpulan nasyid yang lain. Dan setiap kandungan irama nasyidnya mempunya aura dan semangat yang amat unit *jika dihayati.

Alhamdulillah sampai sekarang saya masih meminati kumpulan Rabbani ini. Antara lagu nasyid yang menarik sampai sekarang…

[zdvideo width=”540″ height=”344″]http://www.youtube.com/watch?v=0XgJ7mEtACs[/zdvideo]

Dan lagu terbarunya..

[zdvideo width=”540″ height=”344″]http://www.youtube.com/watch?v=3Oa_VupdRYI[/zdvideo]

Kesimpulannya lagu dari kumpulan Rabbani ni memang memikat hati Remaja. Kumpulan Rabbani ini juga salah satu nasyid idola saya.  Moga Ustaz Asri ditempatkan dikalangan orang-rang yang beriman dan soleh. insyaAllah…..

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

6 thoughts on “Asri – Rabbani: Pergi Takkan kembali lagi”

  1. saya memang meminati suara ust. asri. walaupun sedih dgn pemergian beliau tetapi Allah lebih menyangi beliau . semoga allah menempatkan beliau bersama – sama orang yang soleh di sana.amin

Leave a Reply