Apply on KTT

Semalam, saya memohon masuk di Kolej Teknologi Timur (KTT), membuat pendaftaran secara online..dan hari ini saya bangun lambat..tetibe dikejutkan oleh adik saya mengatakan ada orang call.. Dalam tengah mamai baru bangun dari tidur tu..pergilah turun sambil berjalan dengan lemah longlai.. angkat telefon.. rupanya kakitangan KTT yang menelifon saya hari ini. Dia berkata saya ni bertuah sebab keputusan SPM saya sedang-sedang sahaja.. dan berpesan jika ingin datang mendaftar supaya jumpa seorang kakak dibahagian kemasukan. InsyaAllah dia berkata pada 15 Dicember nanti boleh membuat pendaftaran dan terus boleh masuk.

Dalam hati berkata, alhamdulillah akhirnya setelah hampir setahun berkurung dalam rumah tidak pergi mana-mana, nampaknya peluang makin cerah..saya bakal mengambil ‘Sijil Sains Komputer’ bersama-sama dua orang rakan yang lain yang juga mengambil jurusan yang sama..alhamdulillah.. Nampaknya sudah tiba masanya saya berdikari lepas ni..maklumlah bakal masuk asrama.. heheh!

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply