Apakah erti kasih sayang dalam persahabatan

SunShine

Dalam hidup ini sering kali ada rintangan, cabaran, dugaan hidup yang harus kita tempuhi tidak kira kita berada dimana, bila masanya.. umur… Dugaan demi dugaan.. serta cabaran demi cabaran datang dan pergi.

Jika dirumah, kita dikelilingi oleh adik beradik..ibu bapa.. Alhamdulillah dapat sedikit kasih sayang dari ibu dan bapa kita. Kita pula berikan kasih saying pada adik-adik bawah kita.. oh seronoknya!

Namun selain kasih dan sayang diperolehi daripada keluarga dalam hubungan persahabatan juga penting, tapi ingin mencari insane yang bernama sahabat ini amat susah dicari pada hari ini. Banyak diantara mereka yang pentingkan diri. Masa senang kita boleh pergi ke hulu dan ke hilir buat apa pun baik je. Terutama belanja makan, pergi shopping sama-sama, bercuti sama-sama.

[mp3player width=340 height=100 config=fmp_jw_widget_config.xml playlist=soft-music.xml]

Peritnya apabila kita mengalami kesusahan, kawan  kita semasa kita berkongsi kesenangan tadi tidak menghiraukan kita. Jika disapa dan tegur sekalipun acuh tidak acuh sahaja, lama kelamaan buat buat hati ini terasa dan kecil hati. Dalam hati berkata “Inikah yang dinamakan sahabat sehidup semati? Apabila masa senang masing berhubung erat bagaikan isi dengan kuku, namun apabila tiba waktu susah sebegini bagaikan dia tidak mengenali insan disini”.

sunonnightco

Apa yang saya faham, hubungan persahabatan ini bukan dijalinkan kerana kebendaan. Tapi dengan hati yang baik serta ikhlas, tidak memandang rupa paras ia dinilai melalui hati yang nurani serta ilmu yang ada padanya. Sikap merendah diri yang ada dan tidak meninggi diri sesama teman-teman yang lain.

Ada juga yang rapat kerana kita dari golongan yang berada, dari pangkat Datuk dan Datin, Tunku dan juga Tan Sri. Dengan kata lain berkawan kerana sama taraf, pangkat dan darjat. Jika kita dari golongan yang susah, golongan nelayan, pesawah, kerja buruh, pemandu teksi, pemandu bas tidak akan dipandang apatah lagi beramah mesra. Mereka sombong dengan harta serta pangkat didunia yang sementara.

Adakah persahabat yang benar-benar ikhlas terjalin dengan kebendaan? Tidak, secara jujurnya jika terjalin dengan kebendaan ia tidak akan berkekal lama. Bagi persahabatan yang terjalin diantara berlainan jantina lelaki dan perempuan, ada kalanya memilih si dia kacak, handsome, dan cantik serta cute baru boleh bersahabat. Perlukan memilih rupa paras dalam persahabatan?

Pastinya pada hari ini amatlah sukar untuk mencari kawan yang boleh dijadikan sahabat.. sememangnya susah.. setakat ini saya tak jumpa lagi.. semua hanya bermain-main dalam persahabatan…

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

6 thoughts on “Apakah erti kasih sayang dalam persahabatan”

  1. so,awk blum jmpe lg lh seseorg yg di panggil sahabat?sy amat bersyukur coz tuhan dh kurnikan seorg kwn yg baik dan bleh memahami sy..tp,syg.hubungan kami akn renggang..tp kami masih bleh berhubung melalui fone..tp ape gunanye melalui fone ,kita just bleh dgr suara die je..jujur,sy tak rela kan die pergi..sy hrp awk tak kan dpt kwn yg mule2 rpat pas 2 terpaksa berpisah..

    1. um.. dah pun jumpa, tetapi tidak berpanjangan kerana masing-masing berada jauh. Biasanya jika berada jauh hubungan senang rengang. Mungkin juga tuhan mahu berikan yg lebih baik daripada sekarang..

  2. mmg betul2 susah.. tpi, biasanya, kita akan tahu siapa sahabat2 kita semasa kita berada dalam kesusahan..

    ni ada masalah dalam persahabatan ke? hehe.. tanya adjer je..

Leave a Reply